Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kena 'Serang' Netizen, KA Balas Dengan Empat Video Resipi
Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming atau lebih mesra dipanggil KA menerima bertalu-talu 'serangan' daripada warga maya semenjak semalam.
'Serangan' berbentuk muat naik semula video lama KA gagal menghasilkan hidangan termasuk rakaman popia ais krim dan karamel yang kelihatan hangit itu menjadi perhatian ramai.
Berikutan itu, KA tampil membalas 'serangan-serangan' tersebut dengan menetapkan empat video resipi hari ini.
Penetapan kali ini berbeza dengan jumlah biasa video resipi yang dimuat naik.
"Disebabkan semalam aku dimalukan, hari ni kita keluarkan empat video resipi, bermula sekarang," katanya menerusi satu muat naik di laman Threads.
Resipi pertama yang 'ditembak' KA buat 'anak murid' merupakan Lala Tumis Serai. Lala menjadi pilihan kali ini berikutan terdapat komen daripada warga maya yang mempersoalkan lambakan resipi ayam yang dikongsi.
"Dia meminta, hari ni silakan cari lala," cabar KA.

Balasan 'serangan' KA kali ini menerima pelbagai reaksi warga maya yang berpusu-pusu membanjiri ruangan komen.
"Ni semua punca tau. Budak lain yang buat hal, kita yang kena tambah kerja sekolah," ujar seorang warga maya.
"Tolong jangan usik hati seorang guru. Kalau tak, dapat kerja sekolah banyak dan susah macam ni," seloroh seorang lagi.
"Hadoi cikgu, tak bagi peluang langsung orang nak gurau dengan dia. Habis murid kena balik. Sila bangkit semua murid, terutama sekali yang tak pernah buat tu. Asyik tengok video ja. Moh kita buat sama moh," ajak yang lain pula.
"Voice over laju hari ni. Geram nampak tu," ulas warga maya lagi.
Sementara itu, sekumpulan warga maya mula meletakkan nama dalam senarai sebagai antara murid yang tidak hadir dengan alasan yang menghiburkan.
"Ketidakhadiran murid, Arifjaimie, masalah transport. Noor.fatin89, demam. Mirae, kucing meninggal. Thalhah, sakit jari kelingking. Lin, daun ketumbar sold out," seloroh warga maya.
Tidak kurang juga warga maya yang terhibur melihat KA sendiri menggunakan meme dirinya dalam video berkenaan.