Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

14 Tahun Bersama, Yusry Titip Doa Penuh Cinta Buat Isteri

Azizah Najib
yusry isteri
Kredit: Yusry Abd Halim

Pelakon dan penyanyi terkenal, Yusry Abdul Halim mencuri perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penuh makna buat isteri, Lisa Surihani sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram peribadinya, Yusry meluahkan rasa syukur atas perjalanan rumah tangga yang dibina bersama selama lebih sedekad.

Menurutnya, sambutan tahun ini sedikit berbeza berbanding kebiasaan.

Kredit: Yusry Abd Halim

"Dengan izin-Nya, ulang tahun ke-14 perkahwinan kita sedikit berbeza tahun ini. Tanpa makan malam yang meriah, kita sahur dan iftar bersama, mencari ketenangan dalam ibadah, disulami refleksi dan rasa syukur.

"Semoga Allah SWT menerima semuanya dari kita," titipnya.

Doa Yusry buat isteri

Dalam perkongsian yang sama, Yusry sempat memanjatkan doa agar perkahwinan mereka kekal menjadi sumber ketenangan dalam hati masing-masing.

"Semoga perkahwinan ini juga dilimpahi dengan penuh Barakah-Nya," doanya.

Yusry turut mendoakan agar bulan mulia ini dapat menguatkan jiwa, malah mengeratkan lagi ikatan mereka sebagai suami isteri.

"Hingga ke Jannah, in shaa Allah. Sayang, Selamat Hari Kita," ucap Yusry mengakhiri titipannya.

Perkongsian berkenaan mendapat perhatian warga maya

Sumber:Instagram