Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kalah Mamak, Lelaki Kongsi Resipi Pasembor Paling Sedap Pernah Dimasak
Sekiranya anda menapak di utara, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba makanan yang ada di sekitar negeri-negeri tersebut.
Antara hidangan yang diminati ramai ialah pasembor yang dihidangkan dengan telur rebus, timun, taugeh dan bermacam-macam lagi.
Sekiranya anda meminati pasembur dan masih lagi tidak menjumpai resipi yang memikat selera, mungkin boleh cuba resipi di bawah ini, yang dikongsikan oleh @pakman3590 di TikTok.
Hidangan ini enak untuk dinikmati bersama keluarga dan orang yang tersayang selain sesuai dihidangkan ketika rumah terbuka atau majlis yang berkaitan.
Mari ikuti resipi di bawah ini untuk dapatkan pasembor yang lazat.
BACA: Resipi 50 Tahun Guna Dua Bahan, Ini Proses Buat Cendol Guna Kayu Api

Bawang besar
Halia
Bawang putih
Cili kering
Udang kering
Keledek
Minyak
Asam jawa
Gula
Garam
Gula merah
Kacang (kisar halus)
Bancuhan tepung jagung
Serbuk cili
Tepung gandum
Baking soda
Telur
Serbuk kunyit
Gula
Garam
Air
Kucai
Taugeh
Udang
Tauhu goreng
Sosej
Sengkuang
Timun
Telur rebus
Pertama sekali, goreng bawang besar, halia, bawang putih, cili kering dan udang kering dengan minyak yang sedikit.
Goreng sehingga layu dan kisar halus bahan-bahan tersebut. Kemudian tuangkan ke dalam kuali yang mempunyai minyak panas.
Rebus keledek dan kisarkan juga keledek itu. Masukkan ke dalam kuali yang sama.
Setelah itu, tambahkan gula merah, perahan air asam jawa, gula, garam secukup rasa dan kacau.
Kisarkan kacang dengan halus dan kemudian masukkan ke dalam kuali tersebut. Tambahkan serbuk cili dan jika mahu pekatkan kuah tambah bancuhan tepung jagung.
Kacau sehingga mendidih dan padamkan api.
Untuk buat cucur, letak tepung gandum, baking soda, telur, serbuk kunyit, gula, garam, dan air dalam satu bekas dan gaulkan.
Selepas itu, tambahkan kucai, taugeh, udang dan seterusnya, goreng bancuhan tersebut.
Selepas dah goreng, hidangkan cucur tersebut dengan cara potongnya kecil-kecil dan tambahkan bahan lain seperti tauhu goreng, sosej, sengkuang, timun dan telur rebus.
Akhir sekali, letakkan kuah pasembor di atas hidangan itu dan siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba!
Sumber: @pakman3590/TikTok