Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sewaktu musim PKP ini, rakyat tidak dibenarkan keluar rumah tanpa keperluan dan merentas daerah atau negeri tanpa kebenaran.
Walau bagaimanapun, bagi mereka yang bekerja melibatkan penghantaran barang di luar kawasan sendiri seperti servis kurier dan seangkatan dengannya, kebenaran telah diberikan dengan syarat tetap mengamalkan SOP yang betul.
Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Facebook telah berkongsi infografik mengenai beberapa perkara yang perlu diamalkan bagi penghantar barang ini.
Terdapat tujuh amalan yang perlu dilakukan iaitu:
Hanya berhenti jika perlu
Elakkan berkumpul semasa berhenti di tempat rehat
Jangan sembang dengan jarak dekat
Buka tingkap untuk pengudaraan yang baik dalam kenderaan
Sentiasa memakai pelitup muka dengan betul
Sentiasa jaga jarak 1 meter
Sentiasa basuh tangan dengan air dan sabun/hand sanitizer

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia