Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Motosikal empat beranak
Gambar: IPD Batu Pahat

Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Empat Beranak Terlibat Kemalangan

Hannah

Kanak-Kanak Maut, Motosikal Dinaiki Empat Beranak Terlibat Kemalangan

BATU PAHAT, 22 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala bapa dan dua lagi kanak-kanak cedera selepas motosikal dinaiki empat beranak itu terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Sungai Ayam di sini, semalam.

Gambar: IPD Batu Pahat

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, Afiqah Syaurah Qamarul Arifin meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kemalangan dipercayai berlaku ketika lelaki tempatan berumur 37 tahun sedang menunggang sebuah motosikal bersama tiga anak perempuannya masing-masing berumur empat, tujuh dan lapan tahun dari arah Senggarang menghala ke arah Minyak Beku di sini.

“Apabila sampai di tempat kejadian, telah berlaku kemalangan dengan sebuah lori yang dipandu seorang lelaki tempatan berumur 44 tahun telah keluar simpang tanpa memberi keutamaan laluan terlebih dahulu kepada motosikal yang bergerak lurus di jalan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak berumur tujuh dan lapan tahun itu masing-masing mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki manakala bapa mereka mengalami luka di muka dan dada dengan kesemua mereka dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di sini.

“Pemandu lori dan seorang kelindan pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu kesalahan menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran atau hubungi Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.

BACA: Bekas Ahli Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar Meninggal Dunia

BACA: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Guru Wanita Hilang

BACA: Prasarana Buat Laporan Polis Kes Pergaduhan Penyokong Di Stesen LRT

Sumber: BERNAMA