Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kapal MSC Tidak Terlibat dalam Insiden Kebakaran Kapal Di PTP

Hannah
Kebakaran Kapal Tanjung Pelepas
Gambar: The Maritime Executive 

Nota Editor: Penerbitan ini menarik balik laporan terdahulu yang menimbulkan tanggapan penglibatan MSC. Semakan semula mengesahkan MSC tidak terlibat dalam insiden berkenaan.

ISKANDAR PUTERI, 12 Nov — Tiga maut dan tiga cedera susulan letupan diikuti kebakaran di atas sebuah kapal kontena yang sedang menjalankan kerja pemunggahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada 7 November 2025. Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri melaporkan kejadian berlaku ketika kapal berada di dermaga.

Kebakaran dilaporkan bermula di bawah geladak di palka kelima semasa operasi pemunggahan. Pasukan pemadam kebakaran pelabuhan bertindak awal sebelum dibantu unit Jabatan Bomba dan Penyelamat. Punca kejadian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Menurut kenyataan dari pihak bomba, mangsa yang terkorban ialah seorang rakyat Malaysia, seorang warga Filipina dan seorang warga Britain. Tiga lagi mangsa — seorang rakyat Malaysia dan dua warga Filipina — sedang menerima rawatan.

Penerbitan ini menegaskan sekali lagi bahawa MSC tidak mempunyai sebarang penglibatan dalam insiden di PTP tersebut. Wakil dari Maersk ketika dihubungi Siakap Keli mengesahkan kapal Kyparissia yang terlibat dalam insiden ini bukan milik MSC.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan PTP, pihak berkuasa, pemilik kapal dan pengurus kapal bagi menguruskan keadaan tersebut, dan akan memberikan maklumat terkini apabila ada maklumat tambahan.”, katanya lagi.

Sumber: The Maritime Executive, artikel bertarikh 7 November 2025, Maersk