Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kebocoran Data Penumpang AirAsia: Siasatan Awal Dapati Berpunca Dari Akses Tanpa Kebenaran
Kementerian Komunikasi dan Digital menyatakan bahawa pihaknya memandang serius ke atas atas insiden ketirisan data peribadi yang melibatkan lima juta penumpang dan kakitangan AirAsia.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, insiden ketirisan data bagi syarikat tersebut berpunca daripada aktiviti penggodaman oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin.
Sehubungan dengan itu, Kementerian Komunikasi dan Digital telah menubuhkan pasukan penyiasatan yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan CyberSecurity Malaysia (CSM).
Baca: “Boleh Dapat Pampasan Sehingga..,” Ketahui Hak Lelaki Jika Jadi Mangsa Gangguan Seksual
Difahamkan bahawa pasukan ini telah memulakan siasatan pada 1 Disember 2022 iaitu, melalui perbincangan bersama pihak pengurusan Capital A, syarikat induk kepada AirAsia.
Selain itu, hasil dapatan siasatan awal mendapati terdapat satu serangan siber yang dikenakan ke atas sistem pelayan AirAsia pada 12 November 2022.
Kejadian tersebut berpunca dari akses tanpa kebenaran mengakibatkan serangan perisian tebusan (ransomware) yang berpotensi untuk insiden ketirisan data.
Seterusnya, pihak Capital A telah diarahkan untuk mengemukakan segala dokumen dan keterangan berserta bukti data berkomputer yang berkaitan untuk membantu siasatan kes ini.
Baca: Paling Murah RM2.08 Juta, Ini Fakta Kereta “Handmade” Mewah Rolls Royce Yang Tular
Pasukan tersebut juga dilaporkan masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti titik pencerobohan dan implikasi bagi keseluruhan insiden yang berlaku.
Namun begitu, maklumat yang terperinci mengenai kes ketirisan data AirAsia tidak akan didedahkan kepada umum pada masa ini bagi mengelakkan kesan negatif dari perspektif perundangan serta mengganggu proses siasatan.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil juga turut menggesa orang ramai agar sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa dengan menyemak infrastruktur sistem, pangkalan data serta rangkaian sudah dikemas kini dan selamat.
Tambahnya lagi, orang ramai diminta untuk memahami polisi keselamatan siber dan mematuhi polisi sebagai cara untuk mengelakkan pencerobohan data peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Kementerian Komunikasi & Digital via Bernama