Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kenali VinFast, Syarikat EV Vietnam Berjaya Tembus Pasaran Amerika

vinfast vietnam ev
Kredit: CNN

Kenali VinFast, Syarikat EV Vietnam Berjaya Tembus Pasaran Amerika

Syarikat pembuat kenderaan elektrik Vietnam, VinFast sebelum ini mencipta sejarah apabila berjaya menembusi pasaran Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan terbaru pula, syarikat itu baru sahaja melancarakan pikap EV untuk pasaran tersebut.

Pikap saiz sederhana, VF Wild itu dilancarkan dalam acara Consumer Electronics Show yang diadakan di Las Vegas baru-baru ini.

Walaupun kenderaan yang didedahkan masih di peringkat konsep, namun VinFast merancang untuk menghasilkan produk sebenar pikap berkenaan selepas ini.

Apa yang mencuri tumpuan, VinFast adalah jenama baru dan masih berusia setahun jagung.

Namun pada hari ini, sudah mampu meneroka pasaran lebih besar, lebih-lebih lagi seperti Amerika Syarikat.

Ditubuhkan pada 2017, namun bercita-cita besar

Menurut laman web VinFas Auto US, VinFast ditubuhkan pada 2017 dan merupakan sebahagian daripada Vingroup.

Vingroup merupakan sebuah konglomerat Vietnam yang terlibat dalam perniagaan melibatkan taman-taman tema, hartanah, hospital dan pengurusan data.

VinFast yang ditubuhkan pula memberi tumpuan khusus kepada pembuatan kenderaan-kenderaan elektrik.

Sebuah kompleks pengeluaran serba moden dan canggih VinFast juga siap dibina pada tahun yang sama.

Model pertama dilancarkan pada 2018, setahun selepas penubuhannya

Selepas berdirinya kompleks berkenaan, VinFast melancarkan kenderaan pertamanya iaitu model Lux pada 2018.

Kenderaan sulung tersebut dilancarkan secara rasmi di Pertunjukan Motor Paris dan mendapat anugerah “A Star is Born” oleh AUTOBEST.

Selepas itu, VinFast melancarkan tiga buah model lagi pada 2019. Model-model tersebut adalah Lux A2.0 sedan, Lux SA2.0 SUV, dan kereta bandar Fadil.

VinFast turut melancarkan tiga model skuter elektrik pada tahun tersebut.

vinfast ev vietnam
Lux A2.0 | Kredit: VinFast
lux sa2.0
Lux SA2.0 | Kredit: VinFast

Apabila fasa pertama tamat, syarikat tersebut telah bergerak kepada fasa kedua yang bermula pada 2020 hingga 2021.

Dalam fasa ini, kereta-kereta terbaharu keluaran VinFast telah menjadi kereta terlaris dalam ketiga-tiga segmen pasaran di Vietnam pada 2020.

Pada 2021, VinFast memperkenal dua lagi model skuter dikenali sebagai Theon dan Feliz.

Bukan itu sahaja, VinFast turut bertindak maju ke hadapan dengan melancarkan bas elektrik pertama di Vietnam pada tahun yang sama.

Memulakan langkah untuk memasuki pasaran global pada 2021

Selain itu, VinFast turut melancarkan tiga jenama EV pintar serba baharu iaitu VF e34, VF 8 dan VF 9.

VF e34 merupakan SUV elektrik kompak untuk pasaran Vietnam, manakala VF 8 dan VF 9 adalah SUV elektrik premium yang lebih besar untuk pasaran global.

VF e34
VF e34 | Kredit: VinFast

Setelah berada di kedudukan kukuh dalam pasaran EV di Vietnam untuk fasa pertama dan kedua, Vifast telah beralih ke fasa ketiga yang mana memberikan fokus untuk memperkenalkan jenama tersebut di persada dunia.

VinFast kemudiannya membuka pra-tempahan untuk pelanggan global bagi model VF 8 dan VF 9.

Setahun berikutnya, syarikat tersebut mula melancarkan global showrooms di Amerika Syarikat, Kanada dan Eropah.

Pada 2023, VinFast mula menghantar VF 8 dan VF 9 yang ditempah oleh pelanggan globalnya.

Kini, syarikat tersebut ingin meneroka pasaran kenderaan pick up terbesar di dunia, iaitu Amerika Syarikat.

Malah, mereka mengambil langkah berani apabila melancarkan model mesra alam dalam pasaran yang sangat kompetitif itu.

Jika dilihat, perjalanan VinFast yang baru berusia enam tahun adalah sangat luar biasa.

Bermula di Vietnam, kini kilang pengeluaran kenderaan elektrik miliknya sedang dibina di California.

Menurut Stock Analysis, modal pasaran VinFast setakat 10 Januari 2024 adalah USD15.34 bilion (RM71.21 bilion).

BACA: Isteri Curiga Suami Kalut Bila Fon Bunyi, Rupanya Dah Terkena ‘Gangguan’

Sumber: VinFast & CNN