Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew

Kredit: Facebook

“Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew, Siap Bawak Jumpa Geng

Mesti kita pernah terjumpa seorang yang memiliki raut wajah yang kurang mesra, suara keras dan segala ciri-ciri yang biasanya mendapat stereotaip sebagai golongan manusia yang tidak ramah. Yang paling mengejutkan, setelah berkawan lama dengan manusia yang memiliki muka ‘bengkeng’ ini, rupanya dia tidaklah garang seperti yang disangkakan. Malah, kita boleh menjadi kawan rapat atau mungkin ke peringkat yang lebih tinggi, iaitu bakal pasangan.

Perkara ini berlaku kepada seorang aktivis kemanusiaan yang sering membantu golongan susah dan sangat memerlukan, Ustaz Ebit Lew yang kini sedang bercuti di Munich, Jerman. Ketika beliau sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut, kelihatan seorang lelaki yang memiliki raut wajah yang garang dan tidak mengukirkan cebisan senyuman ‘bertentang mata’ dengannya.

Pertemuan yang tidak diduga

Lelaki yang ‘garang’ itu datang mendekati Ebit Lew lalu bertanyakan soalan mengenai asal usulnya. Dia juga hairan dengan tindakan Ebit Lew yang memberi makan kepada golongan setinggan. Bagaimanapun figura dakwah itu menjawab persoalan abang ‘garang’ tersebut. dengan sabar.

Beliau juga menerangkan bahawa hatinya tidak tenang jika ternampak ada orang yang terbaring dan tidur di bawah pokok taman tersebut. Dalam penerangan itu juga, beliau menerangkan bahawa perbuatan (bagi makan/sedekah) tersebut merupakan perintah Allah S.W.T. dan perintah ini wujud disebabkan Allah S.W.T. sayang kita semua.

Kredit: Facebook

Setelah mendengar jawapan daripada beliau, lelaki garang itu kemudiannya membawa beliau bertemu dengan rakan yang lain. Semua rakannya menunjukkan tanda hormat dan layanan baik kepada Ebit Lew. Disingkatkan cerita, abang ‘garang’ ini sangat mudah untuk dibuat kawan.

Pada akhir pertemuan mereka, mereka saling mengukirkan senyuman, bersalam-salaman dan berpelukan antara satu sama lain. Ebit Lew sempat mereka membelanja beberapa keping pizza. Selepas perjumpaan pertama tersebut, mereka menganggukkan sedikit kepala setiap kali terserempak. Ia satu isyarat yang biasa berikan bila kita sudah mengenali dan berasa selesa dengan seseorang.

Walaupun sudah berkawan, mereka masih segan-segan untuk ukirkan senyuman yang lebar. Secara luaran, mereka memiliki aura seperti harimau yang ingin mencengkam mangsa tetapi setelah mengenal hati budinya, kita tidak dapat menyangka bahawa ada sebuah taman yang begitu indah mendiami lubuk hatinya. Orang yang memiliki perwatakan ‘tsundere‘ ini jarang ditemui.

Sumber: Ustaz Ebit Lew via Facebook