Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Lampu Isyarat di Jepun Berwarna Biru bukan warna hijau
SUMBER ATLASOBSCURA

Kenapa Lampu Isyarat Jepun Guna Warna Biru, Bukan Hijau? Ini Jawapannya

Mohd Raimi Ismail

Kenapa Lampu Isyarat Jepun Guna Warna Biru, Bukan Hijau? Ini Jawapannya

Jika anda adalah pengguna jalan raya setiap hari, anda sudah tentu bertemu dengan pelbagai papan tanda dan isyarat di sepanjang perjalanan, kan?

Salah-satunya adalah tiang lampu isyarat. Di negara kita, lampu isyarat biasanya boleh ditemui di persimpangan jalan, manakala lampunya terdiri daripada tiga warna.

Warna-warna tersebut adalah warna merah, jingga dan juga hijau. Merah bermaksud berhenti, jingga pula bermaksud sedia untuk berhenti dan hijau pula bermaksud jalan apabila selamat.

Anda sudah tentu berpendapat bahawa warna lampu isyarat ini bersifat sejagat dan sama di setiap negara. Namun sebenarnya, ada negara yang tidak menggunakan warna yang sama seperti lampu isyarat di Malaysia.

Biru, kenapa lampu isyarat di Jepun tak pakai warna hijau?

Negara berkenaan adalah Jepun kerana di negara matahari terbit itu, warna hijau pada lampu isyarat telah diganti dengan warna biru. Sekurang-kurangnya pada pandangan mata kebanyakan orang, ia berwarna biru.

Kenapa pula lampu hijau diganti dengan warna seakan biru? Menurut Atlas Obscura, perbezaan itu berlaku kerana faktor bahasa Jepun itu sendiri.

Suatu ketika dahulu, istilah untuk warna dalam bahasa Jepun hanya mewakili empat warna sahaja iaitu hitam, putih, merah dan biru. Dalam bahasa Jepun, biru disebut sebagai ao. Dahulu kala, jika seseorang ingin menyebut warna hijau, mereka akan menggunakan istilah ao.

Sistem tersebut berfungsi dengan baik sehinggala istilah midori bagi mewakili warna hijau muncul. Bagaimanapun, ada juga yang menggunakan istilah midori sebagai mewakili pecahan warna atau bayang warna biru (a shade of ao).

Kerana sekian lama menggunakan istilah ao bagi warna hijau, menukarkan istilah ini kepada midori mungkin mendatangkan sedikit kesukaran kepada orang ramai.

Namun begitu, dalam bahasa moden Jepun, ao digunakan untuk merujuk warna biru manakala midori merujuk kepada warna hijau. Walaubagaimanapun, dalam penggunaan harian, berlaku pertembungan penggunaan istilah tersebut, seperti pada warna lampu isyarat.

Orang ramai masih menggunakan ao bagi mewakili warna hijau (go) pada lampu isyarat yang sepatutnya disebut sebagai midori.

Jadi, timbul masalah birokrasi, bagaimana kerajaan mahu menyediakan panduan rasmi jika warna lampu isyarat hijau disebut sebagai ao, sedangkan hijau dalam bahawa Jepun adalah midori?

Situasi kelam-kabut ini tentu menyukarkan banyak pihak khususnya bagi pelancong asing.

Justeru, pada 1973, kerajaan mengambil keputusan bahawa lampu isyarat kekal sebagai warna hijau, namun menggunakan warna hijau seakan biru.

Jadi, ia menepati istilah ao, iaitu istilah warna biru yang digunapakai orang Jepun bagi merujuk warna hijau. Pada masa yang sama pula, isyarat berjalan pada lampu isyarat kekal menggunakan warna hijau. Ia sekaligus mematuhi piawai seperti termaktub dalam Konvensyen Isyarat dan Tanda Jalan Viena yang ditandatanganinya pada 1968.

Warna lampu isyarat berkenaan mempunyai warna biru untuk disebut sebagai ao dalam istilah moden Jepun, tetapi juga kelihatan hijau seperti mana di kebanyakan negara.

BACA: Pengulas Amerika Panggil Intan Serah Dengan Nama Bapa, “Abah Mesti Tersedak”

Sumber: Mental Floss