Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Keputusan Kes Najib
Kredit: Bernama

Keputusan Kes Najib Membabitkan Dana 1MDB Pagi Ini

Athirah

Keputusan Kes Najib Membabitkan Dana 1MDB Pagi Ini

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang ingin mengetahui keputusan kes berprofil tinggi membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi pertuduhan berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Najib, 71, akan mengetahui sama ada beliau diperintahkan membela diri atau dibebaskan daripada empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan, dijadualkan membaca keputusan tersebut pada pukul 9 pagi.

Pengamal media daripada pelbagai agensi berita berkumpul di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sejak 7 pagi tadi untuk membuat liputan kes tersebut.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB di cawangan AmIslamic Bank Berhad di Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon, antara 14 Feb 2011 dan 19 Dis 2014.

Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Bekas menteri kewangan itu berhadapan dengan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda sama ada lima kali ganda nilai terbabit atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi, jika disabit kesalahan.

Bagi 21 pertuduhan pengubahan wang haram, Najib didakwa melakukan kesalahan itu di bank yang sama antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Dairpada Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara hingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Najib kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan dengan kesalahan menyeleweng RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd.

BACA: Labur RM47 Juta, Khazanah & PNB Jual Pegangan Dalam FashionValet Pada Harga RM3.1 Juta

BACA: Digelar ‘Steve Irwin’ Afrika Selatan, Raja Ular Meninggal Dunia Dipatuk Tedung

BACA: Jangan Amal Tabiat Ini Lepas Cuci Baju, Nanti PCB Mesin Basuh Boleh Cair

Sumber: Bernama