Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Memetik AFP, perkara itu didedahkan dalam satu taklimat undang-undang pada 15 Jun.
Taklimat itu juga mempertahankan penggunaan turbin gas di sebuah pusat data besar milik syarikat xAI kepunyaan bilionair tersebut, yang kini menjadi sasaran saman berkaitan alam sekitar.
Dalam taklimat itu, Jabatan Kehakiman AS berhujah bahawa saman berkenaan mengancam keselamatan nasional, ekonomi dan tenaga Amerika kerana mahu menutup bekalan kuasa bagi inovasi kecerdasan buatan yang menyokong operasi ketenteraan Jabatan Perang.
Bagi menyokong hujah itu, pendakwa raya persekutuan mengemukakan keterangan daripada ketua AI Pentagon, Cameron Stanley, yang menyatakan di bawah sumpah bahawa Grok sudah digunakan dalam Project Maven, iaitu program ketenteraan AS berasaskan AI untuk membantu proses penentuan sasaran.
Program itu pada awalnya dikuasakan oleh model Claude milik Anthropic.
"Projek Maven Smart Systems (MSS) membolehkan tentera AS melancarkan lebih 2,000 bahan letupan ke atas 2,000 sasaran berbeza dalam tempoh 96 jam semasa Operation Epic Fury," kata Stanley.
Stanley turut memuji teknologi Musk dan peningkatan kecekapan operasi yang sangat ketara hasil penggunaan Grok Gov Model.
Sementara itu, sebuah pertubuhan hak sivil yang memperjuangkan hak masyarakat kulit hitam Amerika, NAACP, menyaman xAI dan menuduh syarikat itu mengoperasikan puluhan turbin tanpa permit, sekali gus melanggar Clean Air Act.
Pertubuhan itu mendakwa turbin berkenaan mencemarkan kawasan kejiranan yang majoritinya dihuni penduduk kulit hitam.
Bagaimanapun, xAI berkata turbin tersebut bersifat sementara dan mudah alih, justeru tidak tertakluk kepada peraturan berkenaan.

Pada penghujung Februari, kerajaan menamatkan kontraknya dengan Anthropic selepas syarikat itu enggan membenarkan alatnya digunakan untuk serangan automatik sepenuhnya atau pengawasan besar-besaran terhadap rakyat AS.
Pentagon kemudian beralih kepada pesaing Anthropic seperti Google, OpenAI dan xAI untuk meneruskan usaha penggunaan AI.
Di Google, lebih 600 pekerja menuntut agar syarikat itu tidak membekalkan AI kepada pihak tentera untuk operasi sulit.
Pihak lain turut membangkitkan kebimbangan lebih luas mengenai ancaman AI.
Peralihan tentera AS kepada AI masih mengambil masa, dan pada Mac lalu, kerajaan terpaksa mengakui bahawa Claude masih digunakan dalam perang di Iran.