Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kerajaan Ikhtiar Sedaya Upaya Martabatkan Islam – PM Anwar

Hannah
Martabatkan Islam
Gambar: Anwar Ibrahim/FB

Kerajaan Ikhtiar Sedaya Upaya Martabatkan Islam – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan terus berikhtiar dengan sedaya upaya dan kapasiti yang ada untuk memartabatkan kedudukan Islam dalam kerangka perlembagaan dan semangat Malaysia MADANI.

Beliau dalam hantaran di Facebook berkata Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) menjadi medan penting antara institusi Raja dan kerajaan dalam menyelaras hal ehwal Islam di negara ini.

Anwar yang juga Timbalan Pengerusi MKI berkata ini khususnya dalam memperkasa pembangunan insan berteraskan ihsan, adab dan ilmu demi menjulang Karamah Insaniah.

Terdahulu, beliau menghadiri MKI ke-73 yang dipengerusikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, ahli dilantik mewakili negeri-negeri, pemimpin tertinggi kerajaan serta semua ahli MKI yang dilantik mengikut kepakaran masing-masing.

BACA: Cukai Jangan Bebankan Rakyat Terbanyak – PM Anwar

BACA: PM Anwar Luang Masa Naiki Aerotrain KLIA, Kembali Beroperasi Semula Hari Ini

BACA: PM Thailand Paetongtarn Rombak Kabinet Selepas Pergolakan Pakatan Pemerintah

Sumber: BERNAMA