Terkini

Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Pagar lampu Sungai korok
Gambar: BERNAMA

Kerajaan Teliti Bina Pagar Penghadang, Padang Lampu Di Jalan Sungai Korok

Iqbal Yasir

Kerajaan Teliti Bina Pagar Penghadang, Padang Lampu Di Jalan Sungai Korok

JERLUN, 8 Julai (Bernama) — Kerajaan akan meneliti cadangan untuk membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau telah diberikan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung penambahbaikan infrastruktur di laluan berkenaan yang menghubungkan Jitra dengan Jerlun.

“Kita akan berbincang dengan JKR untuk membuat guardrails (penghadang) di tepi sungai itu, dan lampu jalan akan saya ikhtiarkan untuk dipasang di kawasan berkenaan dan juga kawasan-kawasan gelap yang lain.

“Secara kebetulan, saya juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya, dan perkara ini akan saya maklumkan kepada menteri yang berkenaan supaya tindakan segera dapat dilakukan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menziarahi rumah nenek kepada Putri Qisya Nur Izzat Mohamad Azim Izat, 12, di Kampung Bohor Karang, di sini hari ini.

Putri Qisya Nur Izzat merupakan anak sulung kepada pasangan Mohamad Azim Izat Ishak, 32, dan Nurul Hidayah Khadijah Razman Efendi, 31, yang maut bersama empat anak mereka apabila kereta dinaiki dipercayai terbabas ke dalam Sungai Korok, awal pagi Sabtu lepas.

Empat anak mereka ialah Putra Rayyan Nur Izzat, 9, Hawa Adriana Nur Izzat, 8, Annayla Humaira Nur Izzat, 7, dan Tuah Haydar yang berusia enam bulan.

Kesemua jenazah dikebumikan di dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bohor Karang, di sini malam tadi.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata Putri Qisya Nur Izzat akan dijadikan anak angkat Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi membantunya meneruskan pelajaran sehingga peringkat universiti.

Beliau turut menitipkan nasihat kepada Putri Qisya Nur Izzat supaya terus tabah dan kuat menghadapi ujian hidup yang amat berat dan menjadi anak yang solehah.

“Saya minta dia sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik-beradiknya yang telah pergi. Saya juga galakkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya.

“Insya-Allah, MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bersedia menerimanya tahun depan dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya. Selain itu, segala bantuan yang diperlukan akan disalurkan dan kita akan ikhtiarkan yang terbaik untuk masa depannya,” katanya.

Sumber: BERNAMA