Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

Azzwin
Kredit: Bernama

Kes Lemas Taman Prima Saujana: Adik Meninggal Dunia Di Hospital, Abang Masih Hilang – Polis

KAJANG, 4 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan arus deras bersama abangnya ketika cuba mengambil bola di dalam longkang besar di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana, disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang, malam ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof yang mengesahkan perkara itu berkata mangsa yang berusia 12 tahun itu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jarak kira-kira dua kilometer dari lokasi mereka dilaporkan terjatuh.

“Kanak-kanak lelaki itu ditemukan tidak sedarkan diri di Sungai Kantan dan diberikan bantuan kecemasan pada 7.47 malam sebelum dibawa ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut.

“Tapi sedihnya, dukacita saya maklumkan pada 10 malam tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia,” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian, di sini malam ini.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat juga masih berjalan bagi mencari abang kepada mangsa yang berusia 14 tahun.

ARTIKEL SELANJUTNYA BAKAL MENYUSUL

BACA: Dua Kanak-Kanak Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Terjatuh Dalam Longkang Besar
BACA: Wanita Hamil Berjaya Raih Anugerah Naib Canselor Demi Janji Kepada Arwah Ibu
BACA: Ramai Tak Sedar, Rupanya 5 Tabiat Ini Boleh Rosakkan Gigi

Sumber: Bernama