Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketahui Perbezaan Antara Gastrik Dan GERD 

Nur Alissa
perbezaan gastrik dan GERD
Gambar: AI ImageFX

Ketahui Perbezaan Antara Gastrik Dan GERD

Kesihatan diri amat penting terhadap setiap orang dalam menjalani kehidupan seharian yang berkualiti.

Amalan gaya hidup sihat sudah tentunya memberi impak positif terhadap kesihatan khususnya dalam mendapatkan tidur berkualiti, pengurusan stres dan pemakanan seimbang.

Pengambilan makanan tidak teratur boleh mendatangkan keburukann terhadap perut seperti gastrik dan refluks gastroesofagus (GERD).

Bagaimanapun, masih ramai yang keliru dan tidak dapat membezakan antara gastrik dan GERD.

Sehubungan itu hari ini SK bawakan informasi berkenaan perbezaan gastrik dan GERD melalui hantaran Facebook Public Health Malaysia di bawah.

Cara Membezakan Gastrik Atau Gerd

Ramai keliru antara gastrik dan GERD walaupun sama-sama melibatkan perut, tapi sebenarnya sangat berbeza!

Berikut perbezaan gejala utama antara gastrik dan GERD dalam bentuk ringkas dan mudah faham:

Gastrik (Pedih di bahagian perut)

cara bezakan gastrik dan GERD
Gambar: AI ImageFX

1. Sakit perut bila perut kosong

2. Rasa perit atau pedih di bahagian atas perut

3. Mual atau muntah

4. Kembung perut

5. Hilang selera makan

6. Kadang disertai rasa pening atau lemah

Gastrik berlaku apabila dinding perut mengalami keradangan, biasanya sebab perut terlalu lama kosong, stres atau jangkitan bakteria H.pylori.

GERD (Pedih naik ke dada atau tekak)

cara bezakan gastrik dan GERD
Gambar: AI ImageFX

1. Rasa pedih seperti terbakar dari perut ke dada (heartburn)

2. Rasa masam atau pahit di tekak atau mulut

3. Sendawa berlebihan

4. Rasa makanan naik semula ke kerongkong

5. Batuk kronik, sakit tekak, suara serak (terutama pagi)

6. Gejala bertambah teruk bila baring selepas makan

GERD pula berlaku bila asid perut naik semula ke salur makanan (esofagus), menyebabkan rasa pedih dari perut hingga ke dada atau tekak.

Kedua-duanya boleh dirawat tapi ubat dan cara penjagaannya tak sama. Jangan terus andaikan, lebih baik jumpa doktor untuk kepastian.

cara bezakan gastrik dan GERD
Sumber: Public Health Malaysia via Facebook

Semoga bermanfaat.

Sumber: Public Health Malaysia via Facebook

BACA: Lelaki Lebih Cenderung Meninggal Dunia Disebabkan Sindrom Patah Hati

BACA: Rantai Motor Rosak, Lelaki Baiki Motor OKU Undang Sebak Ramai

BACA: Cara Mohon Hibah Melalui Majlis Agama Islam Selangor