Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Ketahui Tentang Inisiatif BINGKAS

Hannah
inisiatif BINGKAS
Gambar: BERNAMA

Ketahui Tentang Inisiatif BINGKAS

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) sebagai usaha membantu keluarga yang terkesan pasca pandemik.

Melalui inisiatif ini, sebanyak 30,000 keluarga di seluruh negeri Selangor akan menerima RM300 sebulan bagi membeli keperluan asas serta barangan pendidikan.

Program ini bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan isi rumah, mengurangkan tekanan ekonomi serta menyokong kesejahteraan dan keharmonian keluarga di Selangor.

Manfaat BINGKAS

  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

  • Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet)

  • Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300

  • Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan

  • e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

Syarat kelayakan BINGKAS

  • Warganegara Malaysia

  • Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah

  • Pemilih berdaftar di Selangor

  • Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah

  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Syarat tambahan BINGKAS 3.0

Bermula Julai depan, BINGKAS 3.0 akan membolehkan ketua isi rumah yang menanggung ibu bapa warga emas layak menerima bantuan RM300 sebulan.

Menurut EXCO Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari, syarat tambahan ini diperkenalkan bagi membantu meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat. Ini khususnya bagi penduduk di kawasan bandar.

Beliau menjelaskan, langkah ini juga dilihat penting memandangkan Selangor mencatat kos kehidupan wajar tertinggi berdasarkan Indikator Kos Sara Hidup Malaysia 2024.

Cara permohonan BINGKAS

Terdapat dua cara untuk memohon:

1. Melalui laman web

2. Melalui aplikasi Selangkah

Untuk makluman, pemohon juga perlu menyediakan dan memuat naik dokumen berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan (Permohon dan/atau Pasangan)

  • Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)

  • Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan)

  • Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)

  • Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)

  • Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)

BACA: Prestasi Pelaburan Malaysia Lonjak 13.2%, Atasi Rekod Pra-Covid – PMX

Sumber: BINGKAS Selangor (1) (2)