Khas buat peminat Formula 1 dalam kalangan rakyat Malaysia, tiket tambahan bagi menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 kini dibuka untuk jualan.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Instagram Bahrain International Circuit dan Sepang International Circuit, yang memaklumkan ketersediaan tiket tambahan bagi perlumbaan berkenaan.
Tiket tambahan F1 GP Bahrain 2026 kini dibuka
Tiket tambahan bagi kategori B General Admission kini tersedia khusus untuk warganegara Malaysia yang merupakan pemegang MyKad, selain tiket antarabangsa bagi kategori sama.
Dalam pada itu, tiket antarabangsa yang terhad turut disediakan untuk kategori Main Grandstand dan K2 Hillstand.
Orang ramai disaran mendapatkan tiket lebih awal bagi memastikan tempat untuk menyaksikan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix Malaysia 2026 sebelum tiket berkenaan habis.
Peminat yang berminat boleh mendapatkan tiket menerusi laman rasmi bahraingp.com atau menghubungi talian +973 17450000 untuk sebarang pertanyaan.
Tiket adalah terhad dan tertakluk kepada ketersediaan.

