Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Khas Buat Warga Selangor, PPAS Buka Kelas Asas 8 Bahasa
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah memperkenalkan Language Discovery @ Selangor Public Library, iaitu satu inisiatif pendidikan yang menawarkan Kelas Asas Bahasa secara percuma khas untuk warga Selangor.
Inisiatif ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk mempelajari lapan bahasa antarabangsa iaitu Bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Inggeris, Perancis, Jerman, Sepanyol dan Rusia.
Program yang ditawarkan secara dalam talian selama tiga bulan, dengan empat sesi pembelajaran sebulan, menjadikan ia sangat fleksibel dan sesuai untuk sesiapa sahaja yang ingin menambah kemahiran komunikasi.
Bukan itu sahaja, program ini turut memberi peluang kepada peserta untuk memahami asas bahasa secara berperingkat dan tanpa tekanan.
Bagi edisi 2026, Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan inisiatif khas berjumlah RM500,000 untuk pembelajaran lapan bahasa ini.
"Sejak diumumkan oleh Menteri Besar Selangor semasa pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2026, program ini terus menjadi tumpuan masyarakat," ujar Pengarah PPAS, Datin Paduka Mastura Hj Muhamad.

Setakat hari ini, program ini masih dibuka dan ia mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dan orang ramai digalakkan untuk mendaftar segera.
"Sekiranya kuota percuma ini telah penuh, masyarakat tetap berpeluang mengikuti kelas bagi kesemua lapan pilihan bahasa yang ditawarkan melalui slot alternatif pada kadar hanya RM10 sejam, iaitu harga subsidi," tambahnya lagi.
Menurut PPAS lagi, kelas pertama untuk program ini dijadualkan akan bermula pada 20 Februari 2026. Jadi, bagi yang berminat, jangan lepaskan peluang anda. Pendaftaran boleh dibuat melalui laman web rasmi https://www.ppas.gov.my/ppas_language_discovery/ atau hubungi terus pihak penganjur melalui WhatsApp di 016-206 4264 atau 011-5879 1664.