Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Aksi pertama skuad Harimau Malaya di bawah kendalian jurulatih baharu, Kim Pan-Gon bermula dengan langkah kanan apabila berjaya membenam cabaran Filipina, 2-0 di Singapura. Malaysia ketika ini terlibat dalam FAS Tri-Nation Series 2022 anjuran Persatuan Bola Sepak Singapura yang turut menampilkan pasukan tuan rumah.
Skuad senior kebangsaan bermula garang apabila berjaya mendahului perlawanan seawal minit ketiga hasil jaringan Akhyar Rashid. Beliau sebelum itu menerima lorongan cantik bola daripada rakan sepasukan di JDT sebelum berjaya memperdaya pertahanan lawan dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gol lawan.
Perlawanan kemudian berlangsung seimbang namun barisan serangan negara dilihat lebih memberi ancaman kepada pasukan lawan dengan deretan cubaan termasuklah cubaan Syafiq Ahmad yang terkena tiang gol. Cubaan susulan yang dibuat rakan sepasukan bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh benteng pertahanan Filipiana di atas garisan gol.
Malaysia berjaya menambah gol kedua sekali lagi menerusi rambatan cantik Akhyar Ahmad pada minit ke-24. Sebelum itu, cubaan Filipina untuk mengasak gawang skuad negara berjaya dipatahkan benteng pertahanan Harimau Malaya sebelum bola singgah di kaki bekas kapten skuad kebangsaan, Syafiq Rahim.
Beliau kemudian berjaya menghantar bola di sisi padang ke arah Syafiq Ahmad yang ketika itu berada dalam situasi satu lawan satu dengan pemain lawan. Dengan kawalan bola yang kemas, beliau yang melihat Akhyar Rashid yang tidak dikawal berdekatan kotak penalti lawan kemudian membuat hantaran cantik bola sebelum disudahkan dengan rembatan deras menewaskan Neil Etheridge sekali lagi.
Dua gol pada separuh masa pertama itu kekal hingga ke minit akhir perlawanan. Bagaimanapun, aksi positif yang ditampilkan oleh skuad kebangsaan menentang pasukan di ranking FIFA yang lebih baik itu sedikit sebanyak memberikan nafas lega kepada peminat bola sepak tanah air. Apatah lagi, rata-rata peminat meletakkan harapan yang tinggi kepada Kim Pan-Gon memandangkan skuad kebangsaan baru sahaja melalui episod duka dengan aksi hambar di Kejohanan AFF Suzuki edisi lepas.
Malaysia selepas ini akan bertemu dengan Singapura yang mana aksi ini pasti memberikan cabaran yang lebih sengit dengan mengambil kira aksi berlangsung di gelanggang tuan rumah. Sama-sama kita nantikan aksi seterusnya.
BACA: FIFA Iktiraf Dato’ Mokhtar Dahari, Tempat Ketiga Penjaring Gol Terbanyak Di Pentas Antarabangsa Sepanjang Zaman
Sumber: FAM