Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Selepas sembilan tahun menyepi, akhirnya Formula 1 (F1) kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang (CIS) bermula 2 hingga 4 Oktober ini.
Sudah tentu, kehadiran F1 ini menarik perhatian seluruh dunia khususnya industri sukan dan pelancongan Malaysia.
Malah, peminat sukan permotoran kini berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada acara berprestij ini, dengan permohonan sukarelawan F1 Grand Prix Bahrain telah dibuka.
Menerusi borang permohonan di laman rasmi SIC, orang ramai yang berminat boleh mendaftar sebagai sukarelawan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan yang membantu menjayakan acara berprestij berkenaan.
Berdasarkan maklumat yang dinyatakan, elaun sebanyak RM60 sehari selain disediakan makanan sepanjang berlangsungnya hujung minggu perlumbaan antara manfaat yang bakal diterima sukarelawan terpilih.
Sementara itu, jadual bertugas pula bergantung kepada tugasan yang diberikan serta keperluan pihak penganjur.
Antara syarat dan kriteria yang diminta adalah butiran peribadi, alamat kediaman serta pengalaman terdahulu sebagai sukarelawan di SIC (jika ada).

Permohonan boleh dibuat di sini.
Semalam, Malaysia sah menjadi hos perlumbaan Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Litar Antarabangsa Sepang. Ia selepas Formula 1 dan FIA mengesahkan menerusi satu kenyataan.