Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perlawanan Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menyaksikan Malaysia kalah tipis 1-2 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Bukit Jalil malam ini.
Skuad Harimau Malaya mendahului permainan dengan jaringan gol Muhammad Syafiq Ahmad dalam minit pertama sebelum dipintas dengan dua gol UAE pada minit ke 43 dan 74.
Prestasi pemain mendapat penghargaan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitter beliau.
Kiriman beliau mendapat pelbagai respon dari para penyokong yang rata-rata bersikap positif terhadap keputusan tersebut.
Sementara itu, tanda pagar Harimau Malaya turut trending tempat pertama di laman Twitter.
Sumber: Twitter