Kleptomania merupakan gangguan seseorang dalam mengawal impuls yang menunjukkan adanya dorongan untuk mencuri sesuatu. Meski bukan sesuatu yang membahayakan keselamatan jiwa, perilaku kleptomania boleh mengganggu fungsi psikologi terutama pada anak-anak. Ole itu, sebahagian besar anak-anak yang didiagnos mengalami gangguan kleptomania cenderung untuk tidak memiliki teman atau tidak ada yang mahu berkawan.
Keadaan ini terjadi kerana perilaku yang dianggap meresahkan. “Apa yang pasti adalah bahawa akan ada penilaian atau penghakiman secara sosial, terutama dalam persekitaran yang tidak memahami akan kleptomania”. Demikian penuturan pakar psikologi anak yang bertugas di Rumah Sakit Mitra Keluarga Depok, Ratih Zulhaqqi, SPsi, MPsi ketika dihubungi Kompas.com, Selasa lalu.
Menurut Ratih, penghakiman yang diterima anak-anak dengan gangguan kleptomania tentu saja akan membuat harga diri atau self esteem mereka menurun. “Akhirnya fungsi psikologi dalam kehidupan mereka juga tidak dapat dimanfaatkan secara maksimum.”
“Jadi, anak yang menghidapi kleptomania harus segera mendapatkan rawatan yang tepat,” ungkap Ratih. Kendatipun demikian, Ratih berpendapat, kleptomania tidak boleh dikategorikan sebagai tindakan jenayah kerana merupakan bentuk gangguan mental. Ratih mengungkapkan, terkadang anak-anak yang memiliki gangguan kleptomania bahkan tidak sedar bahawa mereka telah mengambil barang milik orang lain.
“Bagi mereka mencuri barang sudah dianggap sebagai kejadian sehari-hari yang mungkin tidak melanggar sistem atau norma apa pun kerana ketidakmampuan menahan impuls,” ujar dia.
“Sehingga mereka tidak mengetahui apa yang mereka lakukan itu boleh menimbulkan masalah yang besar,” sambung Ratih. Di samping itu, biasanya orang-orang menghidapi kleptomania hanya mengambil barang-barang yang tidak ada nilai jualnya atau yang unik-unik saja. “Jadi sesuatu yang memang tidak berharga,” katanya. “Saya pernah dapat pasakit kanak-kanak yang kleptomania dan dia sering mengambil sepit rambut kawannya hanya untuk dikumpulkan.”
“Sampai rumah hanya dimasukan ke dalam kotak, tidak dipakai,” menurutnya. Setelah mencuri, penghidap kleptomania biasanya akan merasakan kepuasan tersendiri kerana keinginannya telah dipenuhi. Maka dari itu, jika anak-anak sudah memunculkan gejala kleptomania, ibu bapa perlu membawa mereka untuk dapatkan nasihat pakar psikologi demi mendapatkan rawatan yang tepat. Pakar psikologi akan membantu mereka mengawal impuls yang datang supaya tetap logik. Kemampuan mengawal impuls mencegah mereka memiliki dorongan untuk mengambil barang milik orang lain.
Sumber- Kompas.com
