Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Klook Mempamerkan Wajah Baru, Bersedia Untuk Masa Depan Pelancongan

Kuala Lumpur, Mac1, 2022—Klook, platform e-dagang kegiatan dan aktiviti pelancongan terkemuka,pada hari ini mempamerkan wajah baru yang tampil lebih berani. Penjenamaan semula syarikat ini tiba pada saat perubahan penting dalam industri pelancongan di mana Klook bersiap sedia untuk menerajui masa depan dunia pelancongan pada tahun 2022 dan seterusnya. Ia juga merupakan penjenamaan semula hujung-ke-hujung pertama Klook dan melambangkan komitmen Klook untuk memperkasakan ekosistem pelancongan sama ada untuk pelanggan, pengendali pelancongan, mahupun rakan kongsi untuk perjalanan yang lebih menarik.

Dibentuk dengan kerjasama agensi jenama global Superunion, identiti jenama baharu Klook menjemput orang ramai untuk alami semuanya dengan keyakinan, kegembiraan dan semangattinggi. Jenama baharu ini berpaksikan tujuan baharu jenama syarikat Klook, “To Inspire and enable more moments of joy” (Untuk memberi inspirasi dan membolehkan lebih banyak detik kegembiraan). Ini menegaskan semula komitmen Klookuntuk menggiatkan semula industri pelancongan.

“Penjenamaan semulainimenandakan peralihan dalam cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Kami akan menjangkausempadan dan memperkenalkan cara baharu untuk menyampaikan pengalaman menggembirakan yang merentasisemua titik sentuh jenama kami,” kata Naib Presiden,Pemasaran Global Klook, Marcus Yong. “Dengan penyambungan semula dunia pelancongan secara beransur-ansur, sekarang merupakan masa terbaik untuk memperkenalkan Klook serba baharu kepada dunia dan membantu pelanggan membayangkan semula cara untuk mengembara dalam persekitaran baharu ini.”

“Kami sangat teruja untuk mengambil bahagian dalam penjenamaan semula Klook.Ramai orang sudah mula menyedari kesan positif pelanconganluar negara dan pengalaman tempatan bagi kesihatan mindakami. Ekspresi jenama baharu Klook yang meriahmeraikan saat-saat menarikdan keriangan yang boleh diperolehi daripadanya,” kata Pengarah Strategi Urusan Superunion Singapura, Ambrish Chaudhry.

Penjenamaan semula itu menampilkan identiti baharu denganpengenalan ikon Klook, tanda kata, tipografi, warna, ilustrasi dan ikon baharu. Pelanggan juga boleh menantikan pengalaman pengguna yang lebih interaktif dan menarik di Klook, dengan format media baharu seperti grafik bergerak, video pendek,dan kandungan yang lebih menarik seperti panduan perjalanan, strim langsung dan ulasan vlog.

Ikon baharu yang dinamakan”Joysplash” merupakanmanifestasi tujuan jenama yang diperbaharui,inilahsemangat dan keceriaanKlookyang bewarna-warni. Warna-warna bertenaga juga mewakili kepelbagaian dalam pangkalan pelanggan global Klook yang sentiasa mencari pengalaman yang menarik, hebat dan ceriayang memuaskan keinginan mereka untuk merantau.

Tanda kata baharu Klook dengan bucubulat dan garisan yang lebih lembutinimencerminkan pendekatan kemanusiaan dan peribadi Klookuntuk memberikan pelanggan pengalaman yang lebih menggembirakan. Klook, yang juga membawa maksud”Keep Looking”(Terus Melihat), menggalakkan pelanggannya yang juga merupakan penduduk global untuk melihatdunia dengan semua deria mereka untuk mendapat pengalaman penuh kegembiraan, keasyikan, dan kemeriahan.

Ciri inovatif baharu untuk menaik tarafpengalaman pelangganTujuan jenama serba baharu inimemaparkansemangat dedikasi syarikat untuk menyediakan pengalaman pengguna yang terbaikbagi pelanggan. Mulai 1 Mac, pelanggan yang log masuk ke aplikasibaharu akan disambut dengan ujian personaliti interaktif bagimendedahkan Watak Kegembiraan mereka. Ujian personaliti itu menampilkan lapan watakunik seperti “Adrenaline Chaser” atau “Culture Vulture”. Pelanggan yang melengkapkan ujian akan mendapatkupon yang diperibadikan berdasarkan ujian personaliti mereka.

Klook juga akan mengubah cara pelanggan meninggalkan ulasan dengan memperkenalkan sistem tegkata kunci sensori. Pelanggan akan dapat tinggalkan ualasandengan teg kata kunci seperti “santai”, “menggembirakan”, “lucu”, “tidak dijangka”. Pelanggan boleh menapis dan mencari pengalaman berdasarkan parameter yang menarik minat mereka.