Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seoul - Adik perempuan kepada pemimpin Korea Utara, Kim Yo Jong memberi amaran mengenai 'kesan buruk' susulan latihan ketenteraan tahunan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS), ketika hubungan diplomatik antara kedua-dua Korea kembali tegang.
Menurut AFP, Seoul dan Washington memulakan latihan ketenteraan musim bunga dikenali sebagai Freedom Shield pada Isnin.
Latihan itu melibatkan kira-kira 18,000 anggota tentera Korea Selatan dan dijadual berlangsung sehingga 19 Mac.
Bagaimanapun, jumlah anggota tentera AS yang terlibat dalam latihan ketenteraan tersebut tidak dapat dipastikan.
Dalam pada itu, Korea Utara sebelum ini menyifatkan latihan tersebut sebagai persediaan dalam menceroboh negara berkenaan.
Menurut Korean Central News Agency (KCNA), Kim Yo Jong berkata latihan ketenteraan bersama itu boleh menyebabkan kesan buruk yang tidak dapat dibayangkan.
Memegang jawatan sebaga ketua jabatan hal ehwal umum parti pemerintah Korea Utara, beliau mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Kim Jong Un menyifatkan usaha damai terbaharu Seoul sebagai helah yang kekok.
Pemimpin Korea Utara itu turut menegaskan negaranya langsung tidak mempunyai urusan dengan Korea Selatan.
Mengulas lanjut, Kim Yo Jong berkata latihan ketenteraan itu berlangsung ketika struktur keselamatan global sedang runtuh dengan cepat sementara peperangan tercetus di beberapa bahagian dunia.
"Keadaan ini berlaku disebabkan tindakan melulu pihak antarabangsa yang tidak bertanggungjawab," ujar beliau.
Berita lanjut menyusul.