Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai
Badminton merupakan salah satu sukan yang sangat popular di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Meskipun kelihatan mudah, badminton sebenarnya memerlukan ketangkasan, fokus dan strategi permainan yang baik
Dalam masa yang sama, badminton turut melatih disiplin diri, semangat kesukanan dan keupayaan membuat keputusan dengan cepat semasa permainan.
Selain itu, ia merupakan sukan yang digemari ramai tidak kira usia.
Biasanya, permainan ini dimainkan oleh dua atau empat orang pemain yang saling bertukar pukulan bulu tangkis di gelanggang.
Namun, berbeza pula dengan situasi yang ini apabila sekumpulan kawan mencipta ‘cara’ baharu untuk bermain badminton bersama-sama yang mengundang tawa ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @ryanalysaaa di TikTok, kesemua mereka mengelilingi gelanggang dan bergilir-gilir memukul bulu tangkis setiap kali giliran tiba.
Suasana menjadi sangat meriah apabila setiap pemain berlari ke posisi masing-masing sambil ketawa dan memberi semangat antara satu sama lain.
Lebih mengagumkan lagi apabila bulu tangkis itu tidak jatuh ke lantai walaupun mereka bertukar-tukar pemain.
Malah, setiap peserta kelihatan tangkas dan seolah-olah sudah serasi dalam mengatur giliran masing-masing.
Difahamkan, mereka hanya menempah satu gelanggang, namun berkongsi seramai lapan orang pemain pada masa yang sama.
Walaupun tidak mengikut peraturan asal, cara ini membuktikan bahawa badminton boleh dimainkan dalam suasana santai dan menyeronokkan tanpa menghilangkan nilai kesukanan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok berasa terhibur apabila menonton video ini.
Dalam masa yang sama, tidak kurang juga yang memuji idea ini sebagai langkah bijak dan adil kerana semua orang dapat turut serta tanpa perlu menunggu lama.
“Tak terfikir nak buat begini,” komen seorang wargamaya.
“Menangis kalau Datuk Lee Chong Wei tengok,” komen lagi seorang wargamaya.
Sumber: @ryanalysaaa via TikTok