Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

KTMB Ucap Takziah Susulan Nahas Kereta Api Di Bekasi

Sofea
KTMB Ucap Takziah
Kredit: Antara

KTMB Ucap Takziah Susulan Nahas Kereta Api Di Bekasi

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengucapkan takziah susulan nahas kereta api di Bekasi, Indonesia.

Menerusi satu kenyataan, KTMB berkata pihaknya turut merasai kesedihan yang mendalam atas kejadian itu.

"Dengan hati yang amat berat dan penuh rasa hiba, KTMB merakamkan setulus-tulus ucapan takziah kepada seluruh warga Kereta Api Indonesia (KAI) atas insiden yang menyayat hati ini.

"Kami di KTMB turut merasai kesedihan yang mendalam atas kehilangan yang berlaku. Tiada kata yang mampu menggambarkan betapa peritnya dugaan ini, namun ingatlah bahawa kalian tidak bersendirian kami bersama kalian dalam doa dan solidariti.

"Semoga roh-roh yang terkorban dicucuri rahmat, dan keluarga serta rakan-rakan yang ditinggalkan dikurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan dalam menghadapi detik yang amat sukar ini," katanya dalam kenyataan itu.

Kredit: KTM Berhad

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga Indonesia dilihat berterima kasih di atas doa dan solidariti yang ditunjukkan oleh KTMB dan rakyat Malaysia.

Sumber:KTM Berhad