Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kuala lumpur 100 teratas
Kredit: BERNAMA

Kuala Lumpur Antara 100 Teratas Kluster Sains Dan Teknologi Terbaik Dunia

Azizah Najib

Kuala Lumpur Antara 100 Teratas Kluster Sains Dan Teknologi Terbaik Dunia

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Kuala Lumpur melakar sejarah apabila buat julung kalinya muncul sebagai antara 100 teratas iaitu di kedudukan ke-93 bagi Kluster Sains dan Teknologi (S&T) dalam Indeks Inovasi Global (GII) 2024 yang diterbitkan oleh Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini adalah pencapaian besar bagi Malaysia di peringkat inovasi global apabila diletakkan di hadapan beberapa kluster ekonomi utama yang lain.

Beliau berkata kedudukan Kuala Lumpur dalam kumpulan 100 teratas menunjukkan keupayaan Malaysia untuk bersaing di peringkat antarabangsa terutama di bidang penyelidikan saintifik dan kemajuan teknologi.

BACA: ABIM Sahkan Lelaki Peluk Islam Selepas Tragedi Tanah Jerlus

“Lonjakan Kuala Lumpur dalam senarai berprestij ini juga dicapai melalui peningkatan ketepatan geokod. Penyumbang utama kepada kejayaan ini termasuk penglibatan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan Nasional Malaysia (MIMOS) yang dikenal pasti sebagai pemohon paten tertinggi khususnya dalam penyelidikan semikonduktor.

“Universiti Malaya turut diiktiraf sebagai organisasi penerbitan utama sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Kuala Lumpur sebagai hab inovasi saintifik dan teknologi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

GII ialah penanda aras yang menyenaraikan kluster ekonomi berdasarkan keupayaan inovasi dengan penekanan antaranya melibatkan kluster S&T.

Metodologi penilaian GII tidak mengambil kira sempadan pentadbiran atau politik sebaliknya memfokus kepada kawasan geografi dengan jumlah kepadatan tinggi pereka cipta inovasi dan kajian saintifik.

BACA: Tanah Mendap Di Kampung Attap Gambar Lama – DBKL

Selaras dengan usaha Malaysia yang menekankan aspek penyelidikan dan pembangunan, Armizan berkata pencapaian itu membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa, menarik pelaburan serta menggalakkan pertumbuhan berterusan dalam sektor sains dan teknologi negara.

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, melalui agensinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), akan terus memperkukuh kerjasama dengan universiti, institusi penyelidikan dan pemain industri dalam sektor-sektor berpotensi.

“… seperti elektronik dan elektrik, teknologi dan inovasi, pelancongan, makanan dan minuman serta industri kreatif yang memberi sumbangan besar kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar dan ekonomi keseluruhan negara,” katanya.

BACA: Paling Dinanti, Ramai Minta Unit K-9 Diberi “Screen Time” Lebih Masa Sambutan Merdeka

Dalam kalangan 100 kluster S&T teratas, Tokyo-Yokohama (Jepun) dan Shenzhen-Hong Kong-Guangzhou (China) menduduki tempat pertama serta kedua susulan jumlah permohonan Triti Kerjasama Paten (PCT) yang tinggi.

Selain Kuala Lumpur, empat kluster baharu membuat kemunculan pertama dalam kedudukan 100 teratas tahun ini iaitu Nanchang (China) di kedudukan ke-94 manakala Kaherah (Mesir) di tempat ke-95 sekali gus menjadi kluster pertama dari Afrika Utara.

Dua lagi kluster ialah dari China iaitu Kunming dan Wilayah Pentadbiran Khas Macao-Zuhai yang masing-masing menduduki tangga ke-98 serta ke-100.

Sumber: BERNAMA