Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Anda Pernah Tak Balik Rumah? Ini 3 Sebab Pencinta Haiwan Kena Tahu

Gambar via IDN Times

Kehilangan haiwan peliharaan terutamanya pencinta kucing pasti merasa sedih seolah-olah kucing itu sudah tidak sayang akan diri anda lagi. Mungkin perkara ini menimbulkan tanda tanya kenapa kucing anda menghilang atau tak balik rumah.

Namun, tahukah anda berkemungkinan kucing yang anda sayang selama ini bertindak menghilang atau tidak balik rumah disebabkan tingkah laku pemiliknya sendiri?

Gambar via Verst

Walau begitu, terdapat beberapa faktor yang membuatkan kucing kesayangan anda melakukan perkara tersebut:

  1. Kurang perhatian

Kucing dan manusia adalah mahkluk hidup yang memerlukan perhatian oleh seseorang. Kucing juga akan cepat terasa sekiranya diri mereka dipinggirkan atau diabaikan terutamanya mereka yang bersifat manja. Begitu juga, sekiranya pemiliknya memelihara kucing lain di rumah yang sama, ia akan membuat diri mereka diabaikan.

  1. Sakit parah

Perkara ini kerap terjadi kerana kebiasaannya kucing akan hilang atau pergi dari pemiliknya apabila mengetahui “masa” mereka sudah sampai. Mereka akan mencari tempat yang gelap bahkan jauh dari manusia. Mereka hanya inginkan keamanan dan tidak ingin diganggu oleh sesiapa.

  1. Stress

Sekiranya manusia ada perasaan stress begitu juga kucing. Kemungkinan kucing berasa rimas atau tertekan apabila berada di rumah yang membuatkan dirinya tidak berasa selamat dan aman lagi. Oleh itu, kucing akan bertindak untuk keluar dan hilang mencari tempat yang lebih aman dan selamat buat diri mereka.

Maka, anda disarankan untuk lebih memberi perhatian dan menjaga kucing kesayangan anda dengan baik.

Sumber: Verst.com