Kuih Bertaburan Atas Jalan, Peniaga Berdepan Detik Cemas Kereta Terbalik
Seorang peniaga menghadapi detik cemas apabila kereta miliknya terbalik dalam kejadian berdekatan dengan stesen minyak di Seksyen 18, Shah Alam, semalam.
Perkara itu telah dikongsikan oleh Aza Radzali menerusi laman media sosial Facebook.
Dalam hantaran tersebut, Aza menjelaskan bahawa kereta yang dipandu oleh peniaga terbabit terlanggar pokok sebelum terbalik berdekatan tepi jalan.
Gambar: Aza RadzaliDia merasa sebak ketika berurusan dengan mangsa kemalangan tersebut yang dikatakan sedang dalam perjalanan untuk berniaga.
“Nak nangis tengok ujian brader ni..tapi tahan je tadi. Dari awal lagi, dia (mangsa) asyik cakap macam mana nak
repair
kereta, boleh
claim
ke.
“Aku nak
call
ambulans pun dia tak nak, takut kena caj,” jelas Aza yang membantu mangsa.
Menurut pengirim hantaran berkenaan, semua kuih yang dipercayai telah disediakan dalam jangka masa yang agak lama itu bertaburan di atas jalan raya.
Gambar: Aza RadzaliPeniaga berada dalam keadaan selamat
BACA: Elak Kesesakan, Arab Saudi Tak Benarkan Jalani Ibadah Umrah Berulang Kali Ketika Ramadan
Sungguhpun begitu, Aza memaklumkan segala urusan berkaitan perkara ini telah pun selesai dan pemilik kereta berada dalam keadaan selamat.
“Alhamdulillah semua
settle, owner
selamat panjang umur, ramai tolong tadi terbalikkan kereta,” jelasnya.
Berdasarkan hantaran dari pada pengguna lain, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sekssyen 7, Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Menerusi hantaran Shahrul Izzat pada 12.36 tengah malam, beberapa individu prihatin telah menemui mangsa di hospital.
Ketika ditemui, mangsa masih dapat berdiri walaupun mengalami kecederaan daripada kemalangan tersebut. Mangsa telah ditemani isteri bersama dua orang anaknya, yang mana salah seorangnya masih bayi.
B
ACA: Sarung Tangan Kuning Tidak Sesuai Untuk Pengendalian Makanan – KKM
Sumber:
Aza Radzali, Shahrul Izzat