Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
kurangkan penggunaan air pbapp
Gambar: BERNAMA

Kurangkan 10 Peratus Penggunaan Air Sehingga September – PBAPP

Azizah Najib

Kurangkan 10 Peratus Penggunaan Air Sehingga September – PBAPP

GEORGE TOWN, 27 Julai (Bernama) — Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) merayu kepada 593,255 pengguna air domestik berdaftar di negeri ini untuk mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus sehingga musim hujan September depan bagi mengelakkan berlakunya krisis air.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K. Pathmanathan berkata pengurangan 10 peratus dalam penggunaan domestik akan dapat membantu PBAPP menjimatkan 50 juta liter sehari (JLH).

“Jadi, jika setiap pengguna air domestik Pulau Pinang dapat mengurangkan 10 peratus penggunaan air, kita akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memastikan bekalan air mencukupi sehingga hujan tiba pada September depan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

BACA: Olimpik Paris Buka Tirai, Kontinjen Negara Segak & Anggun Dengan Persalinan ‘The Malaya’

Sementara itu, Pathmanathan berkata taburan hujan yang rendah sejak Januari lepas telah menyebabkan penurunan kapasiti efektif di dua empangan utama selain menjejaskan pengeluaran air terawat yang sekali gus memberi kesan kepada operasi bekalan air di Pulau Pinang.

Semalam beliau berkata Empangan Air Itam mencatatkan kapasiti efektif rendah iaitu 41.1 peratus dan Empangan Teluk Bahang 31.9 peratus.

Pengeluaran air terawat lebih rendah turut dicatatkan di Loji Rawatan Air Terjun disebabkan oleh kekurangan air mentah dari Kawasan Tadahan Air (KTA) Air Terjun selain pengeluaran air terawat lebih rendah turut berlaku di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Pinang disebabkan kekurangan air mentah dari KTA Titi Kerawang.

BACA: MOP KLIA Sepang Buat Promo Kaw-Kaw Sampai 70%, Banyak Butik “Branded” Buang Harga

“Kekurangan taburan hujan juga telah menyebabkan bacaan paras air bawah 2.0 meter di muka sauk Lahar Tiang Pulau Pinang selama 16 hari berturut-turut sejak 11 Julai lepas dengan kapasiti efektif Empangan Muda yang dibina untuk melepaskan air ke Sungai Muda turut menjunam kepada 9.9 peratus pada 25 Julai (Khamis).

“Bagaimanapun, mujur kapasiti efektif Empangan Beris di Kedah berada pada 60.2 peratus dan Kedah sedang melepaskan air ke Sungai Muda, manakala PBAPP juga melepaskan rizab Empangan Mengkuang Diperluas (EMD) setiap hari untuk menambah pengambilan air mentah dari Sungai Muda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pathmanathan memberitahu bahawa PBAPP perlu mendapatkan air mentah yang mencukupi dari Sungai Muda dan melepaskan air daripada EMD untuk mengekalkan operasi pengeluaran air yang optimum di LRA Sungai Dua yang merupakan LRA terpenting Pulau Pinang.

BACA: Olimpik Paris 2024: 55 Kontinjen Malaysia Bakal Terima Telefon Pintar “Edisi Olimpik”

Beliau berkata PBAPP sedang mengaktifkan pelan pengurusan krisis bagi meminimumkan kesan isu taburan hujan rendah serta memastikan Pulau Pinang mempunyai air yang mencukupi sehingga musim hujan tiba pada September.

Sumber: BERNAMA