Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LA Kini ‘Diselimuti’ Warna Merah

Hannah
LA merah
Sumber: TikTok @c4news

LA Kini ‘Diselimuti’ Warna Merah

Video tular di media sosial memaparkan sebuah kapal terbang melintasi langit bandar Los Angeles (LA), ‘menyebarkan’ serbuk berwarna merah sekitar kawasan perumahan dan hutan.

Tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk setempat dan warga maya di seluruh dunia, memandangkan keadaan di LA dikhabarkan ‘semakin mengganas’.

Menurut Channel 4 News, fenomena ini sebenarnya adalah sebahagian daripada usaha pencegahan kebakaran hutan.

Kapal terbang tersebut menyembur bahan yang dikenali sebagai fire retardant atau bahan penghalang api.

Ia bertujuan melindungi kawasan daripada ancaman kebakaran yang sering melanda wilayah itu.

Bahan ini dinamakan “Phos-Chek”, yang kebanyakannya terdiri daripada air, tetapi dicampur dengan pewarna merah khas, untuk memudahkan juruterbang mengenal pasti kawasan yang telah disembur.

Walaupun fungsinya penting untuk perlindungan hutan, tidak semua semburan tepat ke sasarannya.

Ada kalanya, bahan tersebut terkena kediaman, jalan raya dan juga kenderaan penduduk.

Bagaimanapun, pewarna merah tersebut dipercayai tidak kekal. Warnanya akan pudar dalam beberapa hari dan mudah dicuci menggunakan air.

Kebakaran hutan adalah isu serius di California, khususnya di musim panas yang kering.

Penggunaan fire retardant ini merupakan antara inisiatif pihak berkuasa untuk mengawal dan meminimumkan kerosakan akibat kebakaran hutan.

Dengan langkah ini, kawasan yang terdedah kepada risiko tinggi kebakaran dapat dilindungi lebih awal sebelum api merebak ke kawasan lain.

Walaupun terdapat sedikit ketidakselesaan bagi penduduk, usaha ini amat penting untuk memastikan keselamatan mereka dan harta benda daripada bencana yang lebih buruk.

BACA: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kebakaran Dahsyat Di LA

BACA: Kebakaran LA: Angin Santa Ana Dijangka Kembali Mengganas

BACA: Ini Sebab Kebakaran LA Sulit Dipadamkan

Sumber: TikTok @c4news