Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lain Macam Cara Makan Nasi Kandar, Ramai Terhibur Tengok Gelagat Wanita Ini
Nasi Kandar bukan sekadar hidangan nasi berlauk, tetapi simbol makanan jalanan yang sudah sebati dengan identiti Malaysia.
Asalnya dari Pulau Pinang, ia berkembang menjadi fenomena nasional yang boleh ditemui di hampir setiap negeri, terutama di restoran mamak yang dibuka sepanjang masa.
Keistimewaan nasi kandar terletak pada kuahnya iaitu gabungan pelbagai jenis kari seperti ayam, daging, sotong atau ikan yang dituangkan campur di atas nasi panas.
Setiap pinggan bukan sahaja mengenyangkan, tetapi juga memberi pengalaman rasa yang kaya, pekat dan penuh aroma rempah yang menjadi tarikan utama peminatnya.
Hari ini, nasi kandar bukan lagi sekadar makanan harian, tetapi sudah menjadi budaya makan malam, pilihan lepak, malah makanan selesa bagi rakyat Malaysia.
Di sebalik kesederhanaannya, ia terus bertahan sebagai antara hidangan paling ikonik yang mencerminkan kepelbagaian cita rasa rakyat negara ini.
Siapa sangka, nasi kandar yang terkenal dengan kuah campur dan banjir, sebenarnya turut mempunyai penggemar yang memilih untuk menikmatinya dengan cara berbeza iaitu kuah asing.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @theonlymadhi di Tiktok, menunjukkan jenis-jenis manusia makan nasi kandar dipaparkan dengan cara yang cukup menghiburkan.

Menariknya, antara yang mencuri perhatian ialah dirinya sendiri yang memilih gaya makan nasi kandar dengan kuah asing, sesuatu yang jarang dilihat dalam kebiasaan peminat hidangan ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan mengakui terhibur menonton video berkenaan.
"Jatuh di bawah seksyen 786 (1) akta nasi kandar berbahaya" komen seorang warga maya.
"Langgar syarat Pertubuhan Nasi Kandar Malaysia ni" komen seorang warga maya.
"Dia buat kari serupa cicah air asam" seloroh seorang warga maya.
"Ini kalau nampak dekat prof kandartology bahaya ni" gurau netizen.
"Dia buat macam cucur udang dan roti canai" komen lagi seorang warga maya.