Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Langkah-Langkah Beli Pas My50 Guna TNG eWallet
Kemudahan pengangkutan awam menjadi pilihan utama warga kota yang tinggal tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan sekitar Lembah Klang bagi mengelakkan kesesakan trafik.
Tidak dinafikan, penggunaan pengangkutan awam seperti bas Rapid, LRT, MRT, Monorail, dan BRT dapat menjimatkan waktu, tenaga bahkan dompet anda.
Bermula 1 Julai 2025 hari ini, tahukah anda orang ramai dapat menggunakan pas My50 menggunakan TNG eWallet yang kembali dengan ciri baharu.
Jadi, jom SK kongsikan cara-cara nak beli pas My50 guna TNG eWallet di bawah. Senang je.

1. Muat turun aplikasi TNG eWallet.
2. Pastikan akaun TNG eWallet anda telah disahkan (e-KYC lengkap).
3. Tekan ‘More’ di menu utama.

4. Cari ‘Transport’.
5. Klik ‘Travel Pass’.

6. Klik ‘Select an enhanced TNG card’.

7. Pastikan anda mempunyai ‘Enhanced Touch ‘n Go Card (NFC)’.
8. Pilih kad dan tekan ‘Select Card’.
9. Jika tiada pilihan kad, tekan ‘Add a card’ untuk menambah kad NFC anda.

10. Sentuh kad pilihan anda.

11. Klik ‘Choose your pass start date’.

12. Pilih tarikh mula Pas My50 anda dan tekan ‘Apply’.
13. Aplikasi akan menetapkan tarikh hari ini secara automatik, tetapi anda boleh tukar kepada tarikh yang lain jika perlu.

14. Klik ‘I have read and agreed to the User Terms and Conditions’.
15. Tekan ‘Confirm’.

16. Tekan ‘Pay’.

17. Sentuh kad sekali lagi untuk aktifkan pas dan pautkan ke kad NFC.

18. Anda akan menerima notifikasi pembayaran telah berjaya untuk pembelian Pas My50.
19. Pas anda kini telah diaktifkan.

Semoga bermanfaat.
Sumber: Rapid KL via Facebook