Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

LANGSUNG: Sebak, Shuib Tampil Buat ‘Live’, Kongsikan Perjalanan Hidup Bersama Siti Sarah

Hari ini negara dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah Raissuddin akibat komplikasi COVID-19 selepas melahirkan anak keempatnya bersama Shahmira Muhammad (Shuib) selepas 11 tahun berkongsi hidup.

Pemergian ini pastinya meninggalkan bekas yang mendalam terhadap ahli keluarga yang terdekat terutamanya si suami dan anak-anak mereka.

Terkini, Shuib berkongsi perjalanan hidupnya bersama Allahyarham Siti Sarah, sekaligus berterima kasih kepada para peminat yang menyokong dan mendoakan Allahyarham selama ini.

Dalam ‘live’ di Instagram tersebut, Shuib kelihatan tidak dapat menahan sebak menceritakan liku-liku kehidupan yang ditempuhi bersama isterinya yang tercinta. Bermula dari awal perkahwinan sehinggalah hari ini, satu persatu ‘keistimewaan’ Siti Sarah yang diungkapkan oleh Shuib.

Tonton siaran langsung tersebut melalui Instagram rasmi beliau di bawah.

https://www.instagram.com/shuibsepahtu/

Sumber: Shuib