Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Iqbal Yasir
negeri hujan pagi ini
Gambar: Bernama

Lapan Negeri Diramal Hujan Hingga Awal Pagi Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di lapan negeri sehingga jam 1 pagi ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah. Manakala seluruh negeri Pulau Pinang diramal hujan malam ini.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Sementara di Perak pula hanya di daerah Hulu Perak.

“Di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Manakala Terengganu di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang dijangka hujan termasuk Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Beralih ke Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang (Lawas).

“Manakala di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA: Netizen ‘Cair’ Lihat Momen Pasangan Ini Healing Di Usia Senja

BACA: Mohon Doa Pembentangan Belanjawan 2026 Esok Berjalan Lancar – Anwar

BACA: Wanita Ini Kongsi Sebab Pilih Malaysia, Dedah ‘Perangai’ Mengejutkan Orang Kita