Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.
Menerusi kenyataan itu, amaran berkenaan dikeluarkan untuk beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah termasuk seluruh kawasan Melaka dan WP Labuan.
"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan. Pendang dan Kuala Muda. Manakala Perak melibatkan Kerlan, Larut, Matang Dan Selama, ManJung, Perak Tengah. Bagan Datuk dan Hlllr Perak.
"Di Selangor, daerah yang dijangka hujan termasuk Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat. Selain itu, di Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah. Rembau, Jempol dan Tampin.
"Bagi Johor, daerah yang terlibat adalah Tangkak, Segamat dan Muar. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal adalah Kuching, Serlan, Samarahan, Srl Aman, Betong, Sarlkel, Sibu, Mukah (TanJung Manis dan Mukah), Mirl (Telang Usan) dan Umbang.
"Sementara di Sabah, melibatkan Pedalaman dan Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Klnabalu, Tuaran dan Kota Belud," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.