Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Pagi Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 10 pagi ini.
Menurut kenyataan, beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan seluruh kawasan di Melaka.
"Di Perak, daerah yang terlibat adalah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
"Manakala di Kelantan termasuk Jeli, Tanah Merah dan Machang, selain hanya daerah Hulu Terengganu di Terengganu diramal hujan.
"Bagi Pahang, kawasan yang dijangka hujan pagi ini seperti Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan. Di Selangor pula melibatkan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang.
"Selain itu, bagi kawasan di Negeri Sembilan hanya termasuk dua daerah, Jempol dan Tampin.
"Beralih ke Johor, tiga kawasan diramal hujan seperti Tangkak, Segamat dan Muar," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.