Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Negeri Diramal Hujan Lebat Petang
Kredit: Bernama

Lapan Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Kedah, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.

"Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Langkawi dan Kubang Pasu. Manakala di Pahang hanya kawasan Tanah Tinggi Cameron.

"Bagi kawasan Selangor termasuk Kuala Selangor, Gombak dan Petaling. Sementara itu di Negeri Sembilan, tiga daerah dijangka hujan seperti Seremban, Kuala Pilah dan Rembau.

"Di Johor, kawasan yang diramal hujan adalah Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

"Beralih ke Sarawak, seperti Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu (Sibu), Mukah (Matu) dan Kapit (Song). Di Sabah pula termasuk Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Sandakan (Tongod)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.