Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tampil Bersama, Duo LeBron James & Anak Cipta Sejarah NBA

Athirah
LeBron james nba
Kredit: AFP

Tampil Bersama, Duo LeBron James & Anak Cipta Sejarah NBA

Bintang bola keranjang Amerika Syarikat, LeBron James dan anak lelakinya, Bronny mencipta sejarah apabila menjadi duo bapa-anak pertama beraksi bersama dalam NBA.

Dalam aksi yang berlangsung di Crypto.com Arena, LA Lakers yang diwakili duo berkenaan berjaya menundukkan Minnesota Timberwolves 110-103.

Menurut AFP, sejarah berkenaan tercipta pada lewat suku kedua selepas mereka dimasukan bersama ketika Lakers mendahului lawannya 51-35.

Ketika anak-beranak itu menghampiri scorers table untuk memeriksa kedudukan semasa, tepukan serta sorakan gemuruh jelas kedengaran datang daripada penyokong.

LeBron James & anak cipta sejarah NBA, tampil bersama dalam gelanggang

Semasa mereka membuat bersedia untuk masuk ke gelanggang, LeBron dilihat sempat memberikan sedikit nasihat kepada Bronny.

“Kamu sudah bersedia? Kamu sedar dengan intensiti perlawanan ini, kan? Mainlah dengan tenang,” kata Lebron.

Menariknya, sejarah yang tercipta itu seolah-olah skrip filem Hollywood yang sudah ditulis awal kerana turut disaksikan oleh Ken Griffey Sr. dan Ken Griffey Jr.

Menurut AFP, anak-beranak Griffey sebelum ini pernah mencipta sejarah menjadi duo ayah-anak pertama yang tampil bersama dalam liga baseball profesional.

Mereka mencipta sejarah itu ketika mewakili Seattle Mariners pada 1990-1991.

Ia merupakan kenangan manis buat LeBron dan Bronny

Dalam pada itu, LeBron ternyata tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya ketika ditemu bual oleh media.

“Detik itu, ketika kami melangkah masuk ke gelanggang bersama, adalah memori yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“Tidak kiralah setua mana saya nanti atau seberapa banyak memori saya yang akan pudar. Saya tidak akan lupakan detik-detik bersejarah ini.

“Apa yang berlaku hari ini semuanya sangat sempurna. Semuanya, bermula dari saat saya bangun dari tidur lagi.

“Jelas sekali, ini adalah kali pertama dalam sejarah sukan NBA seorang ayah dan anaknya beraksi di atas gelanggang yang sama dan dalam pasukan yang sama. Ia sangat menakjubkan,” katanya.

Menurut AFP, Bronny beraksi selama kira-kira 2 minit 41 saat dan melakukan dua percubaan (tidak berjaya) untuk mendapatkan mata sebelum digantikan dengan pemain lain.

Baru berusia 20 tahun, Bronny selepas ini dijangkakan akan beraksi bersama skuad pembangunan di Liga-G berbanding skuad senior Lakers.

BACA: Perkataan ‘Ketimbang’ Akan Dimasukkan Dalam Kamus Dewan Perdana Edisi Kedua

BACA: Malaysia Dan 12 Negara Lain Diiktiraf Secara Rasmi Sebagai Negara Rakan BRICS

BACA: Lelaki Kongsi Emaknya Mudah Terpengaruh, Sakan Main ‘Game’ Lepas Sembang Dengan Cashier MYDIN

BACA: “Saya Adalah ‘Sampah’ Yang Baru Dikitar Semula..” Dari Bekas Penghuni Henry Gurney Kini Seorang Penulis Buku

Sumber: AFP