Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Legenda Ironman Negara, Razani Hussain Meninggal Dunia

Iqbal Yasir
Legenda Ironman Razani Hussain meninggal
Gambar: Shamsuri Mohd Yatim

Legenda Ironman Negara, Razani Hussain Meninggal Dunia

Dunia sukan lasak tanah air hari ini kehilangan seorang figura yang cukup disegani apabila Razani Hussain disahkan menghembuskan nafas terakhir pada malam tadi di Hospital Bachok, Kelantan.

Menurut laporan Stadium Astro, allahyarham meninggal dunia akibat menghidapi barah (kanser).

Dianggap sebagai perintis triatlon suatu ketika dahulu, legasi yang ditinggalkan oleh allahyarham cukup besar.

Malah sehingga kini, Razani Hussain masih memegang rekod Malaysia sub-10 jam bersama Azuan Asmuni.

Ketika era kegemilangan allahyarham, Razani seorang atlet yang disegani dalam dunia triatlon dan Ironman di Malaysia.

Untuk makluman, beliau merupakan pemenang edisi sulung kejohanan Triathlon Antarabangsa Port Dickson yang berlangsung pada 1996.

Sementara itu, dalam perkongsian Shamsuri Mohd Yatim dalam satu hantaran di Facebook turut memaklumkan pemergian allahyarham.

“Terima kasih sahabat Muhamad Razani Husain kerana mewarnai IRON BOUND arwah merupakan generasi atlit terawal yang menyertai IRON BOUND.

“Semoga Allah SWT merahmati dan mengampunkan segala dosa. Arwah yang banyak memberi semangat kepada aku di dalam industri penganjuran sukan lasak di peringkat awal aku melibatkan diri dalam industri ini.

“Ada pernah dulu arwah kata ‘Sham ko kena buat race ni takde orang buat lagi’ insha Allah aku dah tunaikan, tenanglah sahabat urusan dunia ko dah selesai.

“Sahabat-sahabat dan adik-adik yang pernah bersama-sama dengan event lagenda IRON BOUND ini, jom kita panjatkan doa dan Al Fatihah pada Allahyarham,” luahnya.

Sumber: Stadium Astro, Facebook Shamsuri Mohd Yatim

BACA: Borussia Dortmund ‘Sambar’ Bakat Muda Negara, Qaseh Rania

BACA: Hukuman Beraksi Tanpa Penonton, Denda RM100,000 Terhadap Selangor FC Kekal – FAM

BACA: Senarai Pemain Berstatus ‘Bintang’ Yang Gagal Layak Ke Piala Dunia 2026