Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas 6 Hari Hanyut Di Laut

Sofea
lelaki berjaya diselamatkan
Kredit: CCTV

Lelaki Berjaya Diselamatkan Selepas 6 Hari Hanyut Di Laut

Seorang lelaki diselamatkan selepas enam hari hanyut di perairan Sanya, wilayah Hainan di China seorang diri, lapor The Standard.

Mangsa yang berada di dalam bot getah telah ditemui oleh seorang nelayan dalam keadaan yang sangat lemah.

Rakaman video ketika detik penyelamatan itu telah dimuat naik di media sosial pada Isnin lalu dan menjadi tular.

Menurut nelayan yang dikenali sebagai Chan, dia dan kapten bot mendengar jeritan meminta tolong ketika berada di perairan itu sekitar jam 3 petang. Tidak menunggu lama, mereka menghampiri mangsa dan menariknya ke atas bot mereka.

Mangsa yang merupakan seorang penduduk Guangxi memberitahu bahawa botnya karam semasa dibawa arus dari arah Lingshui.

BACA: Lelaki Selamat, Dua Ahli Keluarga Maut Selepas Dua Bulan Hanyut Tengah Laut

BACA JUGA: Panjang Umur, Lelaki Hanyut 11 Hari Dalam Peti Sejuk Berjaya Diselamatkan

Chan mengaitkan kelangsungan hidup lelaki itu dengan hujan baru-baru ini, sambil menyatakan mangsa kelihatan sangat kurus dan kulitnya juga mengelupas.

“Dia hanya mampu menuturkan dua ayat sebelum rebah kerana keletihan,” kata Chan.

Chan kemudian menghubungi Pasukan Pengawal Pantai China untuk mendapatkan bantuan dan mangsa seterusnya dibawa ke hospital untuk rawatan.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan mangsa mengalami dehidrasi tetapi tidak mengancam nyawa. Namun, dia masih tidak sedarkan diri sepenuhnya dan pemeriksaan lanjut sedang dijalankan untuk menilai keadaannya dengan menyeluruh.

https://www.facebook.com/reel/2631771287167629

Sumber: The Standard,