Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Dedah Ada 5 Individu Dakwa “Duit Last Ayoh Bagi” Milik Mereka
Sekurang-kurangnya lima individu mendakwa duit RM50 dengan tulisan “Duit last ayah bagi 11/5/20, al-Fatihah” yang menjadi tular baru-baru ini adalah milik mereka.
Perkara berkenaan didedahkan sendiri Mohd Azfarul Zainor Akmar, 35, seperti dilaporkan oleh Sinar Harian.
Menurut portal tersebut, beberapa individu termasuk seorang wanita dari Jabor, Kemaman adalah antara individu yang menghubunginya.
Mohd Azfarul berkata, wanita tersebut mendakwa wang berkenaan tidak digunakan tetapi hilang.
“Wanita itu menghubungi saya menerusi pesanan di Facebook kira-kira jam 3.30 petang Rabu.
“Wanita itu juga memberikan bukti menerusi Instagram pada tarikh tersebut, 11 Mei 2020 kematian ayahnya,” kata Mohd Azfarul.
BACA: Bos Mesej Waktu Cuti, Ini 8 Tanda Persekitaran Kerja Dah Jadi Toksik
Sementara itu, dia sedang menapis serta meneliti dakwaan individu-individu yang menghubunginya.
Perkara ini dilakukan sebelum berjumpa dan menyerahkan wang tersebut.
Terdahulu, Mohd Azfarul yang merupakan seorang pekerja swasta menerima wang itu daripada mesin pengeluar automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Gambang.
Kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.15 petang pada Isnin.
Gambar duit berkenaan kemudian menjadi tular selepas dimuat naik menerusi akaun pengguna facebook, Tuah Lim.
Perkongsian di akaun Facebook itu mendapat lebih 8,000 tanda suka dan dikongsi lebih 12,000 kali.
Dalam laporan Sinar Harian beberapa hari lepas, Mohd Azfarul berjanji tidak akan menggunakan wang tersebut dan berharap pemilik asalnya dapat dijejaki.
BACA: Guru Kongsi Kisah Pilu, Anak Murid Minta Bacakan Al-Quran Sebelum Meninggal Dunia
Sumber: Sinar Harian