Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditemukan Maut Di Tangga Rumah Kedai 

Hannah
letupan universiti
Gambar: MKN

Lelaki Ditemukan Maut Di Tangga Rumah Kedai

SERDANG, 6 Nov (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai warga asing ditemukan maut disyaki dibunuh di tangga sebuah rumah kedai di Puchong Jaya, di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Serdang ACP Muhamad Farid Ahmad ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat lelaki berkenaan.

“Pihak kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang bekerja di negara ini menyewa bilik di rumah kedai berkenaan dan mayatnya ditemukan orang awam kira-kira 8.30 malam sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi untuk tindakan lanjut.

Anggota dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama seekor anjing pengesan dilihat turut berada di lokasi bagi membantu siasatan dan menguruskan mayat berkenaan.

BACA: Pempengaruh Taiwan Ditemukan Mati Di Hotel Disiasat Sebagai Kes Bunuh

Sumber: BERNAMA