Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Semenjak pandemik Covid-19 melanda hampir seluruh negara di dunia awal tahun lalu, industri pelancongan yang rancak seakan ‘terkubur’ apabila semua negara yang terkesan dengan wabak ini mengambil langkah menutup sempadan negara termasuk Malaysia.
Mereka yang bergantung dengan pendapatan dari industri pelancongan semestinya berharap berharap agar keadaan segera pulih selain ‘kaki travel’ yang pastinya merindui pengalaman melancong ke negara luar.
Menerusi perkongsian oleh akaun @callmefye yang tular di Twitter, pemuda ini yang merupakan seorang jurugambar dan pemandu pelancong yang mengembara ke serata dunia, bernazar untuk membawa seorang individu di media sosial melancong ke Seoul sekiranya pelancongan ke luar negara dibenarkan pada tahun hadapan.

Kata Fairuz, individu berkenaan hanya perlu membeli tiket penerbangan dan membawa wang belanja. Selain daripada itu seperti penginapan, bayaran masuk untuk melawat, pengangkutan akan ditanggung olehnya. Malah, dia juga akan menjadi pemandu pelancong dan jurugambar peribadi kepada individu itu selama 7 hari. Wow memang best!

Menurut Fairuz, sudah lebih setahun dia tidak dapat meneruskan perniagaan di dalam industri pelancongan akibat wabak Covid-19.
Oleh itu, ‘hadiah’ yang akan diberikan kepada seorang individu terpilih di media sosial ini hanyalah kecil jka dibandingkan dengan ujian Covid-19 terhadap perniagaannya.


Posting tersebut meraih ratusan komen dari warganet yang memuji usaha yang dilakukan oleh Fairuz dalam berkongsi rezeki kepada orang lain.
Malah, rata-ratanya mecalonkan ‘diri sendiri’ dan berharap mereka terpilih sebagai individu bertuah untuk melancong ke Seoul dengan pelbagai faedah menarik.



Sumber: Twitter @callmefye