Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Ini Menangis Dua Kali, Masa “Rehearsal” & Hari Nikah Buat Ramai Terharu
Umum mengetahui, perkahwinan bukan sekadar penyatuan dua insan, tetapi satu ikatan suci yang diiktiraf oleh undang-undang dan dimuliakan oleh agama.
Ada yang menunggu bertahun-tahun untuk tiba ke detik ini, ada pula yang menempuh pelbagai ujian sebelum akhirnya berjaya disatukan di bawah satu lafaz.
Tidak hairanlah apabila tibanya hari yang dinanti, emosi bercampur-baur antara gembira, terharu dan sebak, semuanya dirasai dalam satu masa.
Lazimnya, ketika pengantin lelaki melafazkan akad nikah di hadapan tok kadi, pengantin perempuan tidak mampu menahan sebak. Saat itu menjadi lambang kepada bermulanya perjalanan baharu dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.
Pengantin lelaki rasa sebak tengok bila isteri
Namun berbeza pula dengan situasi pasangan ini apabila pengantin lelaki dilihat tidak dapat menahan air mata apabila melihat pengantin perempuan, momen yang cukup menyentuh hati dan membuat ramai berasa cemburu.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @lydsieeeee di TikTok, kelihatan seorang lelaki yang juga suaminya tidak dapat menahan air mata sebelum majlis akad nikah bermula.
Difahamkan, majlis akad nikah pasangan ini berlangsung dengan penuh sederhana namun indah di sebuah dewan di Damansara.
Apa yang lebih mencuri perhatian, pengantin lelaki itu sempat mengelap air matanya sebelum memandang wanita yang dicintainya, momen manis yang membuat ramai penonton turut tersentuh.
Pengantin lelaki juga menangis ketika sesi “rehearsal”
Dalam masa sama, @lydsieeeee turut berkongsi momen mencuit hati apabila suaminya sudah pun berasa sebak dan menitiskan air mata semasa sesi “rehearsal” di dewan yang sama.
Momen ini jelas menunjukkan betapa dalamnya emosi dan rasa terharu yang dirasai, walaupun ramai beranggapan bahawa lelaki selalunya lebih tenang dan jarang menunjukkan perasaan sebenar mereka.
Video berdurasi 19 saat itu turut memaparkan seorang individu yang cuba menenangkan lelaki berkenaan ketika @lydsieeeee berjalan masuk ke dalam dewan.
Video tersebut mencecah 790 ribu tontonan setakat ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi terhadap video tersebut. Dalam masa yang sama, ramai yang memuji momen berkenaan sebagai detik yang cukup menyentuh hati.
“How lucky she is,” komen seorang wargamaya.
“Dah la handsome, sayang bini pula tu. Bertuah awak,” komen seorang lagi wargamaya.
BACA: “Serba Boleh…” Ramai Kagum Tunang Wanita Ini Baca Doa Di Majlis Pertunangan Sendiri
BACA: Hujan Jadi Momen Santai, Individu Ini Pamer Aksi “Healing” Lain Macam
Sumber: @lydsieeeee