Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Beberapa hari lalu, tular mengenai kisah seorang pekerja Pos Malaysia yang dikatakan menangis termenung mengenangkan nasib apabila mendapat tahu mereka tidak memperoleh bonus pada tahun ini.
Perkongsian tersebut ternyata meruntun hati netizen yang bersimpati dengan nasib pekerja tersebut.
Susulan itu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Steven Mak menerusi Twitter tampil meminta warganet untuk mencari pemuda tersebut untuk diberikan bantuan.
”Tolong saya untuk ‘retweet’ dan mencari rider ini. Saya akan membantunya jika Pos Malaysia tidak berbuat demikian. Terima kasih dan selamat bersahur,” kata beliau.
Beliau turut meminta sesiapa yang mendapat maklumat mengenai lelaki ini untuk menghubungi beliau secara peribadi dan tidak mendedahkannya secara umum.
Setakat ini, kata Steven beliau masih belum menjumpai pemuda tersebut dan menghargai usaha mereka yang terus membantunya dalam pencarian tersebut.

Tambah Steven, beliau memahami bagaimana perasaan lelaki tersebut yang hidup dalam kesempitan dan perkara tersebut jelas mengganggunya.
Perkongsian yang mendapat 1.2k ‘likes’ dan 2.1k ‘retweets’ itu turut dibanjiri dengan komen netizen yang memuji usaha Steven.


Kami doakan semoga usaha murni Steven Mak untuk menemui pemuda ini berhasil. Terima kasih Tuan atas kebaikan anda, moga Tuhan membalasnya.
Sumber: Steven Mak