Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Kongsi Modal "Sparepart" Mesin Basuh Front Load & Top Load

Modal "Sparepart" Mesin Basuh
Kredit: ImageFX

Lelaki Kongsi Modal “Sparepart” Mesin Basuh Front Load & Top Load

Tidak dinafikan, mesin basuh kini bukan lagi sekadar berangan elektrik tambahan.

Namun ia menjadi satu keperluan asas di setiap rumah khususnya buat mereka yang sibuk dengan rutin kehidupan moden.

Bagi mereka yang baru menjejakkan kaki ke rumah sewa atau rumah sendiri, mesin basuh sudah tentu antara barangan wajib beli.

Seperti yang sedia maklum, mesin basuh mempunyai dua jenis, Top Load (muatan atas) atau Front Load (muatan depan).

Persoalannya, manakah model yang patut dibeli?

Meskipun kedua-dua jenis ini sebenarnya mempunyai fungsi utama yang sama iaitu mencuci pakaian, tetapi terdapat perbezaan dari segi reka bentuk, prestasi, penggunaan air dan tenaga serta kemudahan jangka panjang.

Bagi memudahkan pengguna, SK hari ini kongsikan senarai perbandingan sparepart kedua-dua model ini termasuk harga jika berlaku kerosakan di bawah.

Perbandingan Sparepart Front Load & Sparepart Top Load

Setiap barangan elekrik tidak terlepas daripada berlaku kerosakan. Lambat atau cepat, ia bergantung kepada cara dan tahap kekerapan penggunaan barangan tersebut.

Perkara ini juga sama seperti penggunaan mesin basuh di kebanyakan rumah. Apabila berlaku kerosakan, ramai lebih memilih untuk membaiki kerana harga yang lebih murah.

Namun berbaloikah untuk membeli setiap bahagian barangan mesin basuh yang telah rosak ini atau beli terus baru?

Sparepart Top Load

  • PCB - RM50 hingga RM200

  • Inlet Valve - RM10 hingga RM50

  • Belting - RM5 hingga RM15

  • Motor - RM80 hingga RM200

  • Drum Shaft- RM25 hingga RM45

Sparepart Front Load

  • RM150 hingga RM400

  • Inlet Valve - RM35 hingga RM80

  • Belting - RM30 hingga RM60

  • Motor - RM160 hingga RM300

  • Drum Shaft - RM90 hingga RM160