Lelaki maut dihempap isteri obes
Gambar: Bernama

Lelaki Maut ‘Dihempap’ Isteri Obes Ketika Tidur

Iqbal Yasir

Lelaki Maut ‘Dihempap’ Isteri Obes Ketika Tidur

PORTO — Seorang lelaki, 59, dilaporkan meninggal dunia selepas dihempap secara tidak sengaja oleh isterinya yang mempunyai berat badan lebih 100 kilogram (kg), lapor Daily Mail.

Difahamkan, insiden berkenaan berlaku di rumah pasangan berkenaan di Campanhã, kawasan pinggir bandar Porto.

Sewaktu kejadian, isterinya, 60, dikatakan tersadung ketika bangun dari katil sebelum terjatuh lalu menimpa mangsa yang sedang tidur di lantai.

Jiran tetangga yang mendengar jeritan wanita itu segera ke rumah pasangan terbabit untuk membantu mengangkatnya.

Meskipun isterinya berjaya diangkat, mangsa sudah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika anggota bomba dan petugas perubatan tiba.

Mangsa disahkan meninggal dunia dan hasil pemeriksaan kematian dipercayai berpunca daripada tekanan fizikal yang tinggi menyebabkan mangsa sukar bernafas sehingga mengalami serangan jantung.

Menurut Akhbar harian Portugal, Correio da Manhã, melaporkan seramai lima lelaki diperlukan untuk mengangkat wanita itu daripada tubuh mangsa

Sementara itu, berdasarkan siasatan oleh polis tempatan mengesahkan kes itu sebagai kemalangan tanpa sebarang unsur niat atau keganasan.

Insiden mengakibatkan isteri mangsa mengalami dan terpaksa ditawarkan rawatan serta sesi kaunseling.

Sumber: Daily Mail UK

BACA: Trump, Putin Tamatkan Sidang Kemuncak Tanpa Perjanjian Ukraine

BACA: Lelaki Maut Dihempap Jengkaut

BACA: Wanita Maut, Lelaki Cedera Parah Dihempap Kontena