Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Redah Lebih 700KM Demi Ratu Cantik Perancis, Rupa-Rupanya Ditipu Cinta Palsu

Iqbal Yasir
Lelaki Ditipu ratu cantik
Gambar: AFP

Lelaki Redah Lebih 700KM Demi Ratu Cantik Perancis, Rupa-Rupanya Ditipu Cinta Palsu

Seorang lelaki lelaki warga Belgium sanggup meredah perjalanan sejauh 760km demi bertemu seorang ratu cantik Perancis yang disangkanya bakal menjadi isteri, rupanya hanya menjadi mangsa sindiket penipuan cinta siber, lapor BBC.

Michel, 76, tiba di kediaman milik Sophie Vouzelaud, bekas finalis Miss France 2007, di Saint-Julien, dengan harapan untuk berkahwin dengan wanita tersebut.

Namun, dia terkejut apabila mendapati disambut oleh suami sebenar Sophie iaitu Fabien.

Difahamkan, Michel telah berkomunikasi selama beberapa minggu melalui aplikasi permesejan WhatsApp dengan individu yang menyamar sebagai Sophie.

Dia mendakwa telah membayar sebanyak €30,000 kepada penipu itu yang menjanjikan untuk melangsungkan perkahwinan dan hidup bahagia.

Sophie, 38, dan suaminya kemudiannya cuba menerangkan bahawa Michel telah ditipu dan menasihatinya untuk membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Michel telah berbuat demikian.

Kisah Michel menjadi tular selepas Fabien berkongsi video pertemuan tersebut di media sosial.

Sumber: BBC

BACA: Pempengaruh Permotoran Dijumpai, Laporan Kehilangan Dipercayai Direka – Polis

BACA: Rasuah Projek Pembinaan Pusat Data: Suspek Utama Bakar Wang Hampir RM1 Juta – SPRM